SPRM siasat jika ada penyelewengan kes jambatan gantung runtuh

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya sedia membuat siasatan sekiranya didapati ada unsur penyelewengan dalam pembinaan jambatan gantung di sebuah sekolah rendah di Perak, yang dilaporkan runtuh semalam.

Ketua Pesuruhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bagaimanapun berkata setakat ini beliau belum lagi mengeluarkan apa-apa arahan kepada pengarah SPRM negeri Perak kerana pihak berwajib dan kerajaan negeri sedang menangani isu tersebut.

"Jadi biarlah mereka membuat siasatan, ada pihak-pihak berwajib dan kami serahkan kepada mereka, Menteri Besar Perak pun sudah (ambil tindakan).

"Kita cuba tengoklah, kalau ada (penyelewengan) kami akan siasat. Pengarah SPRM Perak akan rujuk kepada kerajaan negeri dan kalau ada berlaku, kita siasat," katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Pencegahan Rasuah membabitkan Pendatang Asing anjuran SPRM Sabah dan Labuan di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada SPRM akan mengambil tindakan untuk menyiasat kejadian jambatan gantung runtuh di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat Kampar, Perak, di mana seorang murid, N. Dina Deve, 11, lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung itu runtuh semasa mereka menyeberanginya pada kirakira pukul 10.30 malam tadi.

Kejadian malam tadi berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata satu jawatankuasa siasatan akan ditubuh untuk membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan di mana laporan akan dibentangkan kepada beliau.

Muhyiddin berkata walaupun beliau dimaklumkan jambatan gantung itu yang baru siap dibina dua minggu lepas merupakan sumbangan sebuah syarikat, jawatankuasa berkenaan akan menyiasat sama ada pengawasan ketika kerja-kerja pembinaan jambatan gantung itu telah dilaksanakan dan sama ada pembinaan jambatan gantung itu mengikut spesifikasi yang sepatutnya.

Sementara itu diminta mengulas mengenai projek jalanraya SapulutKalabakan bernilai RM565 juta yang didapati tidak menepati spesifikasi, Ahmad berkata SPRM Sabah sedang mengambil tindakan untuk menyiasat perkara tersebut.

"SPRM Sabah sedang mengambil tindakan ... Bagi mereka tempoh," tambah beliau.

Projek tersebut adalah antara perkara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 minggu lalu di mana cuma jalan 'gravel' yang dibina, dan bukan jalan tar seperti dinyatakan dalam kontrak.

Laporan audit itu mendapati kajian tanah juga tidak dijalankan secara lengkap, serta pembinaan jalan itu tidak praktikal kerana jalan sepanjang 178km itu banyak digunakan oleh dua syarikat pembalakan yang menggunakan trak melebihi dua kali ganda kapasiti maksimum 30 tan untuk jalan tersebut.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan