Mesyuarat khas PAS Rabu ini bincang isu parti

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pusat PAS akan mengadakan mesyuarat khas dengan barisan pesuruhjaya negeri Rabu ini bagi membincangkan isu-isu dibangkitkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 8.30 malam di Pejabat PAS akan dihadiri 47 pemimpin parti itu, termasuk Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, untuk membahaskan isu-isu berbangkit.

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Mustafa turut ditanya akan kemungkinan satu Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan hasil daripada mesyuarat khas itu, Mustafa berkata ia terpulang kepada keputusan yang dicapai termasuk mengambil kira maklumat dan pandangan yang diterima nanti.

"Kita tengok dulu apa pandangan yang akan diterima sama ada perlu atau tidak diadakan EGM. Kalau masalah selesai, tak perlu buat EGM, selesaikan di situ," katanya.

Berdasarkan perkembangan semasa dan pengalaman lepas, Mustafa berpendapat parti itu tidak memerlukan EGM dan lazimnya mesyuarat khas yang diadakan dapat menyelesaikan konflik dihadapi.

Mustafa, yang enggan mengulas lanjut mengenai intipati mesyuarat khas Rabu ini, berkata sekiranya EGM perlu dibuat, ia harus mengikut perlembagaan PAS.

"EGM ni ada prosesnya. Mengikut Fasal 16, Muktamar PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh Presiden atau permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS atau satu pertiga daripada PAS kawasan," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai dirinya yang dilabelkan sebagai seorang pemimpin 'dua tiga kerat' yang bermasalah, Mustafa berkata ia seharusnya diajukan sendiri kepada Nik Aziz selaku pengeluar kenyataan itu.

"Saya takkan komen mengenai perkara itu. Saya tak terkesan langsung dengan kenyataan itu, saya takkan cakap mengenai perasaan saya. Saya tak rasa apa pun, saya tak terluka apa-apa," katanya.

Mustafa turut menafikan mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan masalah membabitkannya kerana arahan mengadakan mesyuarat datangnya daripada Presiden PAS serta untuk menjelaskan kedudukan sebenar.

"Kalau tanya saya, saya tak ada masalah dengan parti. Tapi kalau tanya Tok Guru, mungkin ada. Awak (pemberita) tak boleh tanya saya benda yang saya tak kata," katanya.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah iaitu Mustafa, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan