Majikan Mantik Hani ditahan susulan kematiannya

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 35 tahun dan isterinya, pasangan majikan kepada pembantu rumah Indonesia, Mantik Hani, ditahan polis berikutan kematiannya, kata Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin.

Katanya pihak polis ingin memaklumkan kepada semua pihak yang terbabit, siasatan sedang dijalankan secara profesional demi kepentingan orang ramai dan negara.

"Kami sedar kes ini terpaksa dikendalikan segera dan semua pihak mempunyai keyakinan cara ia dikendalikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata sebaik siasatan selesai dijalankan, pihak polis akan menyerahkan kes itu kepada Pejabat Peguam Negara.

"Semua pihak dinasihatkan supaya bersabar bagi membolehkan pihak polis menyelesaikan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang," katanya.

Mantik, 36, dari Surabaya, yang didakwa didera, ditemui dikurung di dalam tandas, meninggal dunia 10 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya telah diselamatkan pihak polis dari sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan