Kerajaan akui wujud penderaan seksual terhadap wanita Penan

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengakui dakwaan berhubung penderaan seksual di kalangan kanak-kanak perempuan dan wanita Penan oleh orang luar termasuk pekerja pembalakan dan peniaga adalah benar.

Menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rumusan Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan Bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak mendapati perkara itu memang berlaku.

Bagaimanapun jawatankuasa itu tidak mempunyai statistik berkaitan bilangan wanita Penan yang dirogol dan bilangan kaum terbabit menjadi ibu di bawah umur 16 tahun, katanya dalam jawapan bertulis ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (BaganDAP) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Lim dalam soalannya meminta kementerian terbabit menyatakan bilangan wanita kaum Penan yang dirogol dan tindakan ke atas perogol.

Shahrizat berkata siasatan ke atas penderaan seksual tertakluk di bawah bidang kuasa polis dan pihak berkuasa itu sudah menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk tujuan berkenaan.

Bagi menangani isu itu, beliau berkata kementerian melalui jawatankuasa berkenaan mengambil pelbagai langkah untuk meningkatkan kesedaran kaum Penan terhadap isu keganasan berkaitan wanita dan pendidikan seksual termasuk meningkatkan rondaan dan menganjurkan program pembangunan minda dan menangani masalah pengangkutan.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan