Thamrin ganti tempat Azmin Ali

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali telah digugurkan sebagai Pengerusi PKR Sabah di dalam rombakan kepimpinan parti tersebut yang turut melibatkan tujuh buah negeri dan Wilayah Persekutuan.

Thamrin Zaini dari Sabah merupakan pengerusi baru menggantikan Azmin.

Azmin bagaimanapun dinamakan sebagai Pengerusi PRK Wilayah Persekutuan, menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Turut dilantik sebagai Pengerusi PRK ialah Baru Bian di Sarawak, Mansor Othman (Pulau Pinang), bekas Pengerusi PRK Sarawak Mustaffa Kamil Ayub (Perak), Syamsul Iskandar (Melaka), Abdul Rahman Yusof (Terengganu) dan Saifudin Nasution (Kelantan).

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, rombakan besar-besaran itu amat penting untuk memperkukuhkan lagi parti.

Thamrin dan Baru telah dilantik sebagai pengerusi baru bagi Sabah dan Sarawak untuk menangani ketidakpuasan hati di kalangan ketua-ketua bahagian berhubung pelantikan individu yang bukan berasal dari dua negeri itu untuk jawatan tersebut.

"Azmin dan Mustaffa memang hanya mengetuai bahagian Sabah dan Sarawak buat sementara saja. Kami sentiasa mahukan orang-orang tempatan untuk ketuai negeri-negeri ini," kaya Pengarah Komunikasi PKR, Jonson Chong.

ADUN Penanti, Mansor telah dilantik bagi menggantikan Datuk Zahrain Mohammad Hashim sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang manakalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Syamsul adalah Pengerusi PKR Melaka yang baru menggantikan Khalid Jaafar.

Menurut Tian Chua, tidak ada perubahan dilakukan untuk barisan pengerusi di Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Dalam pada itu, Azmin berkata, sudah tiba masanya untuk presiden memilih Pengerusi PKR baru di Sabah kerana beliau sudah menghantar laporan kemajuan kepada kepimpinan parti dengan mengesahkan bahawa ketua-ketua di sana amat komited untuk jawatan tersebut.

Tian Chua pula berkata, PKR juga telah menubuhkan Majlis Integrasi Kebangsaan untuk menguatkan hubungan antara ketua-ketua di Semenanjung dan Malaysia Timur. Antara ketua yang dilantik adalah Dr. Jeffrey Kitingan, Daniel Tajem, Dr Syed Husin Ali dan Dr Toh Kin Woon.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan