Nik Aziz harap mesyuarat khas PAS selesai kemelut parti

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas PAS pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas Pas pusat itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan