ISU EGM PAS: Harun Taib suspek bukan Nik Aziz yang tulis

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib percaya, bukan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat yang menulis di dalam laman blog beliau mengatakan supaya diadakan segera satu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM) tetapi sebaliknya ia ditulis oleh seseorang yang kemudiannya mengirim posting tersebut ke laman blog berkenaan.

“Saya telah mengenali Tok Guru untuk satu jangkamasa yang panjang dan saya sangat arif dengan gaya tulisan beliau. Selepas membaca tulisan tersebut di laman blog Tok Guru saya percaya orang lain yang menulisnya bukan Tok Guru sendiri,” ujar beliau.

Harun berkata, beliau masih belum berpeluang untuk menentukan tarikh pertemuannya dengan Nik Aziz untuk mencari punca kenyataan itu dibuat.

“Tapi yang pasti saya akan pergi untuk menemui Tok Guru sendiri,” katanya lagi.

Harun tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan sabotaj.

“Saya tidak mahu menuduh sesiapa tanpa bukti tetapi saya percaya ada unsur-unsur dalaman dan luaran yang sedang menganggu-gugat PAS,’’ ujar beliau.

Menurut Perkara 6 (1) (b) Perlembagaan PAS, EGM hanya boleh dipanggil sama ada oleh presiden atau permintaan secara bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 37 anggota Jawatankuasa PAS Pusat atau satu pertiga daripada 170 PAS Kawasan.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, beliau percaya isu ini akan dapat diselesaikan secara rundingan antara keluarga kerana Nik Aziz bukanlah seorang yang sukar untuk dibawa berbincang.

“Perkara ini telahpun diselesaikan pada Muktamar yang lalu pada bulan Jun jadi saya percaya tentu ada salah faham di sana sini sehingga ia tercetus semula, ’’ kata Idris.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan