Isu EGM PAS: Hadi panggil mesyuarat tergempar Rabu

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pesuruhjaya PAS Negeri akan bertemu Rabu ini untuk membincangkan isu Muktamar Agung Luar Biasa (EGM)yang disarankan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar pagi ini berkata, mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pesuruhjaya PAS Negeri itu diadakan atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi mengambil masa dua hari untuk memecahkan suaranya berhubung isu kontroversi ini.

Nik Aziz pada Jumaat lalu telah mengeluarkan satu kenyataan dalam laman blognya mendesak supaya satu EGM diadakan segera untuk membuat keputusan sama ada parti itu perlu menyingkirkan dua tiga orang pemimpin utama itu yang beliau sifatkan sebagai bermasalah kerana masih terus menerus bercakap mengenai isu mengadakan pertemuan dengan Umno atau seringkali mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian Pakatan Rakyat (PR)

Di antara mereka yang beliau kenalpasti sebagai pemimpin bermasalah itu ialah Mustafa sendiri dan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa serta Datuk Dr Hasan Ali iaitu pesuruhjaya PAS Selangor.

Mereka ini disifatkannya sebagai pro-Umno oleh Nik Aziz.

Sementara itu, Mustafa juga menjelaskan sekiranya pertemuan Rabu ini memutuskan EGM tersebut tidak perlu diadakan maka ianya tidak perlu diadakan.

Ini kerana menurut Perlembagaan PAS, EGM hanya boleh dipanggil atas arahan presiden atau disokong oleh satu pertiga daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Ia juga boleh diadakan sekiranya satu pertiga daripada 176 PAS Kawasan mengemukakan notis bertulis memohon supaya satu EGM diadakan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan