Peruntukan RM3.7 bilion akan dimanfaatkan sepenuhnya - Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memastikan kementeriannya memanfaatkan sepenuhnya peruntukan RM3.7 bilion dalam Bajet 2010 bagi mempertingkatkan kecekapan anggota keselamatan dan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Malah saya juga akan pastikan pihak KDN bekerja keras bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dipertanggungjawabkan di bawah KDN iaitu mengurangkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus termasuk mengurangkan indeks jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada akhir tahun 2010," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya peruntukan itu juga akan disalurkan untuk pembelian 50 van penumpang, 400 pucuk pistol 9mm, dan penyediaan pakaian seragam anggota Ikatan Relawan Negara (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang terpilih sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.

Dalam pada itu, beliau berharap anggota PDRM menghargai keprihatinan dan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan kebajikan dan keselesaan mereka dalam bajet kali ini.

"Selain menambah baik kemudahan dan infrastruktur di balai polis serta menubuhkan Sekolah Latihan Kontinjen, pihak kerajaan juga akan melaksanakan inisiatif dengan membeli alat perhubungan, dan kelengkapan PDRM seperti lanci-lanci, alat perhubungan radio, senjata api dan peluru, kenderaan, kapal terbang, alat bantuan teknik dan sistem teknologi maklumat," kata beliau.

Menurut Hishammuddin sebanyak 35 projek untuk kemudahan kuarters, pejabat dan ubah suai bangunan di bawah 'Bina, Sewa dan Pindah' (BLT) dijangka siap pada tahun depan.

"Ianya melibatkan enam kuarters, dua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), 10 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), sembilan balai polis, tiga Pasukan Gerakan Am (PGA), satu maktab polis, satu pusat latihan polis, satu mes pegawai kanan PDRM, satu lokap dan stor barang kes dan satu pangkalan polis marin," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, sebanyak 25 projek pembangunan, 12 projek penambahbaikan dan 12 projek di bawah peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dijangka siap pada tahun yang sama (2010).

"25 projek pembangunan tersebut melibatkan lapan pondok polis, 13 balai polis, dua pusat latihan dan dua pangkalan marin. 12 projek penambahbaikan pula melibatkan satu IPK, lima IPD, lima balai polis dan satu maktab polis. Manakala 12 projek di bawah JPM pula melibatkan 12 projek perumahan PDRM," katanya.

Hishammuddin juga menyambut baik usaha kerajaan untuk mengguna pakai Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 bagi memperkemaskan keberkesanan penguatkuasaan ke atas kegiatan ceti haram atau 'ah long'.

"Usaha ini penting bagi menangani kegiatan haram 'ah long' yang telah menimbulkan rasa trauma serta tidak selamat di kalangan mangsa serta anggota masyarakat keseluruhan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan