OTK seru ahli MCA rapatkan semula barisan dan bekerja sebagai satu pasukan

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mahu semua ahli parti itu merapatkan semula barisan mereka dan bekerja sebagai satu pasukan setelah beliau dan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berjaya mencapai kata sepakat untuk berdamai demi masa depan parti kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu.

Ong berkata, ahli-ahli MCA amat mengharapkan perpaduan dan penyatuan dan sebagai pemimpin pula mereka tidak seharusnya membenarkan diri mereka dipengaruhi dengan mudah oleh pihak lain.

"Saya juga telah mempelajari satu pengajaran yang amat berguna sepanjang kerjaya saya dalam politik...cerita boleh datang dan pergi, tetapi sebagai pemimpin adalah sangat penting untuk kita tentukan agar diri kita tidak dengan mudah dipengaruhi oleh sesiapa.

"Kita harus memiliki satu pemikiran yang jelas untuk berhadapan dengan cabaran daripada dipengaruhi oleh sebahagian daripada cerita yang diada-adakan oleh orang lain," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau telah diminta untuk memberi komen tentang dakwaan beberapa pihak dalam MCA kononnya Timbalan Presiden yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai telah digunakan oleh ‘kuasa ketiga’ di dalam parti itu untuk menidakkan kepimpinannya dan Dr Chua.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Ti Lian Ker yang merupakan salah seorang pemimpin MCA yang kini kuat mengkritik Liow dilaporkan sebagai berkata, ini menjadikan Liow seorang pemimpin yang lemah dan mudah dimanipulasikan.

Dalam konteks ini, Ong Tee Keat tidak merujuk kepada sesiapa secara khusus berhubung soalan tersebut.

Ditanya apakah beliau bersedia untuk memaaf dan dimaafkan berhubung episod tersebut, Tee Keat hanya berkata bahawa beliau lebih berminat untuk melihat ke hadapan.

Tee Keat juga berkata beliau tidak boleh menahan ahli-ahli daripada bercakap mengenai wujudnya konspirasi pihak ketiga untuk menjatuhkannya dan melaga-lagakannya dengan Dr Chua.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan