Kekangan kewangan jejas usaha dakwah Islam di kalangan Orang Asli

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini diberitahu kekangan kewangan merupakan antara punca usaha menyebarkan dakwah Islam di kalangan Orang Asli di negeri ini tidak dapat dilakukan di semua penempatan masyarakat itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata bagaimanapun, kerajaan negeri sejak sekian lama telah menjalankan beberapa dasar termasuk melatih beberapa Orang Asli sebagai ustaz dan diberi bayaran elaun untuk menyebarkan dakwah Islam di kalangan masyarakat itu.

"Kekangan kewangan yang dihadapi menyebabkan tidak semua penempatan tersebut dapat dimasuki dan ia memberi ruang kepada penganut agama lain menyebarkan fahaman mereka di beberapa pos Orang Asli di seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BNKok Lanas) mengenai langkah kerajaan negeri menyebarkan dakwah Islam di kalangan Orang Asli berikutan penganut agama lain kini aktif menyebarkan agama mereka di kalangan masyarakat itu.

Mohd Amar berkata penganut agama lain mempunyai sokongan dana yang kukuh untuk menjalankan misi mereka selain bersedia berkahwin dengan pasangan Orang Asli dan tinggal bersama bagi memudahkan penyebaran ajaran agama mereka.

Sehubungan itu, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian insentif sebanyak RM10,000 kepada mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang bersedia berkahwin dan tinggal dengan masyarakat Orang Asli sebagai langkah mengukuhkan dakwah Islam.

Kerajaan negeri juga menggalakkan Orang Asli menyertai program ladang rakyat dan diberikan bayaran elaun sebagai langkah mendekatkan golongan tersebut kepada Islam, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan