Gadis dan ibu yang disimbah asid oleh bapa sendiri tak tahu ibunya telah mati

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tan Hui Linn mengalami luka terbakar 60 peratus di muka dan bahagian atas badannya ekoran serangan asid oleh ayahnya.
Tan Hui Linn mengalami luka terbakar 60 peratus di muka dan bahagian atas badannya ekoran serangan asid oleh ayahnya.

GEORGE TOWN: Pelajar tingkatan lima yang disimbah asid oleh bapanya sendiri semasa tidur bersama ibunya tidak mengetahui ibunya itu telah meninggal dunia.

Tan Hui Linn, 17, yang mengalami luka terbakar 60 peratus di muka dan bahagian atas badannya masih berada di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang tetapi dalam keadaan stabil.

Dan yang paling menyedihkan ialah dia juga masih tidak mengetahui bahawa matanya telah menjadi buta buat selama-lamanya akibat terkena asid tersebut.

Abangnya, Jun Hong, 20, ketika ditemui di rumah mayat pada Ahad berkata, dia bimbang untuk memaklumkan berita kematian ibu mereka kepada Hui Linn.

Ini kerana, kata Jun Hong, adiknya mungkin menjadi emosional, fikirannya terganggu dan hanya akan memudaratkan kesihatannya sahaja.

"Bagaimana dia boleh menerima kenyataan ini terutama apabila peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan didudukinya semakin menjelang tiba? Dia ialah pelajar cemerlang yang mendapat 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah," katanya.

Jun Hong, seorang mahasiswa Universiti Utara Malaysia, memberitahu, dia terkejut dan pasrah terhadap apa yang telah terjadi.

"Saya akan meletakkan adik saya di bawah jagaan sanak saudara apabila dia pulih," katanya.

Sabtu lalu, ibu Jun Hong, Cheong Swee Lin, 50, dan adiknya sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Jalan Batu Lanchang apabila ayah mereka yang merupakan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pulang pada pukul 3 pagi lalu menyimbah asid ke arah mereka.

Cheong mengalami luka terbakar sebanyak 80 peratus pada bahagian badannya dan meninggal dunia 10 jam kemudian. Sebelum itu dia berada dalam keadaan koma akibat simbahan asid tersebut.

Mayat Cheong telah dibakar di pusat bakar mayat Mount Erskine pada Ahad.

OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Azam Abd Hamid berkata, motif serangan asid itu adalah berpunca daripada persengketaan keluarga yang berpanjangan iaitu bertahun-tahun lamanya.

Menurutnya, kes itu dianggap selesai dengan penangkapan lelaki terbabit yang direman untuk membantu siasatan sebaik sahaja dia menyerah diri di Balai Polis semalam dan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan