EGM khas PAS dikhuatiri memecahbelahkan perpaduan orang Melayu

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya muktamar agung khas dipanggil bagi membersihkan partinya daripada "pemimpin-pemimpin bermasalah" dikhuatiri mengakibatkan perpaduan politik orang Melayu tergugat.

Walaupun langkah itu sah di sisi perlembagaan parti dan mengikut amalan demokrasi, berdasarkan pengalaman parti-parti lain sebelum ini, ia boleh menjejaskan perpaduan di kalangan anggota parti tersebut dan seterusnya orang Melayu.

Pemimpin-pemimpin yang diketepikan melalui persidangan agung khas (EGM) walaupun demokratik sekalipun, kerap kali mengakibatkan perpecahan sesebuah parti apabila pengikut pihak yang dikalahkan enggan menerima keputusan EGM.

Langkah politik pilihan Menteri Besar Kelantan itu seolah-olah membelakangkan perpaduan dan dikatakan didorong perasaan tidak senangnya terhadap pendirian beberapa pemimpin yang dikatakan mahu bekerjasama dengan Umno dalam usaha mengukuhkan perpaduan orang Melayu.

Setakat ini, hanya PAS negeri Kelantan dilaporkan menyokong cadangan Nik Aziz.

PAS negeri Kedah berpendirian muktamar agung khas tidak perlu diadakan manakala PAS negeri Perak mahu cadangan itu dibincangkan terlebih dahulu di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat.

Nik Aziz mengesahkan kepada media di Kota Baharu semalam pendiriannya yang tertulis dalam blognya Jumaat lepas supaya persidangan agung khas PAS diadakan untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Tiga pemimpin yang dinamakan dalam blognya ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Nik Aziz di Kota Baharu semalam berikutan kenyataan menggemparkan "Tok Guru" PAS itu dalam blognya.

Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang juga Ketua Umno Cheras melihat pergolakan dalam PAD itu bertitik tolak daripada sikap dan corak politik Nik Aziz. "Seorang ulama atau tok guru yang benar-benar berjuang atas landasan Islam tidak akan redha melihat perpecahan berlaku di kalangan umat Islam," kata beliau yang turut terkejut dengan langkah Nik Aziz, dalam blog Umno Cheras hari ini.

"Tok guru tulen adalah mereka yang memikul amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan umat Islam keseluruhannya melebihi kepentingan peribadi dan tidak pula sengaja memutuskan hubungan persaudaraan sesama Islam," tegasnya.

Syed Ali berkata idea pembentukan kerajaan perpaduan dicetuskan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin, baik bagi perpaduan ummah dan tidak sepatutnya ditolak Nik Aziz.

Nik Aziz bagaimanapun ketika mempertahankan pendiriannya kepada media semalam menegaskan bahawa ia merupakan kebijaksanaan beliau sendiri tanpa didalangi sesiapa dan adalah disarankan semata-mata bagi kepentingan masa depan partinya yang baru-baru ini gagal mengekalkan momentum menang dalam pilihan raya kecil di kawasan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Beliau juga menyatakan keyakinan langkah itu, jika diterima parti tersebut yang sudah berusia hampir enam dekad, tidak akan memecahbelahkan parti. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan