Cuepacs harap kerajaan timbang bonus bagi penjawat awam

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.

Presidennya Omar Osman berkata, memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu.

"Kita akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok dan berharap dapat berjumpa dengan beliau secepat mungkin iaitu sekurangkurangnya pada minggu depan dan berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan semula permintaan kami ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini hari ini.

Selain itu katanya, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula pemberian bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan pesara wajib, turut diberi kepada pesara pilihan dan pesara penswastaan.

"Kita turut akan membawakan isu ini kepada Perdana Menteri nanti kerana merasakan pesara pilihan dan pesara penswastaan layak menerima bantuan khas itu," katanya.

Di samping itu, kata Omar, kongres akan turut membangkitkan isu 5,000 pekerja kontrak dan sambilan yang masih lagi tidak diserap menjadi pekerja tetap di sektor awam, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri nanti. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan