CSL belum terima laporan ROS mengenai kedudukannya dalam MCA

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau belum menerima sebarang laporan atau surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai kedudukannya dalam parti itu selepas Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM), 10 Oktober lepas.

"Tidak, saya masih belum menerima apaapa laporan daripada ROS setakat ini, saya masih lagi menunggu keputusan mereka," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu, Dr Chua yang juga pengerusi Biro Hal Ehwal Kerajaan (Pemantauan Dasar) MCA mengadakan sidang media berhubung pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketika ditanya pemberita mengenai kapasiti beliau bercakap tentang Bajet 2010 boleh menimbulkan sensitiviti di kalangan anggota MCA, Dr Chua berkata isu itu tidak perlu dibangkitkan kerana beliau masih lagi pengerusi biro tersebut dan telah berbuat demikian sejak tujuh tahun lepas.

"Jika dulu, mungkin ada sesetengah pihak akan mempersoalkan jika saya bercakap kepada pemberita tentang pandangan parti tanpa kehadiran Presiden tetapi sekarang tidak lagi kerana adanya 'pelan perpaduan parti'," katanya.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah tampil dengan pelan luar biasa dalam satu lagi langkah politik bijak untuk menyatukan parti, namun butiran mengenai "pelan perpaduan lebih unggul" itu belum didedahkan lagi kerana difahamkan mereka yang terlibat sedang menunggu keputusan ROS mengenai kedudukan Dr Chua dalam parti selepas EGM 10 Oktober.

EGM MCA itu meluluskan dua usul iaitu undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat dan membatalkan penggantungan keanggotaan Dr Chua tetapi menolak usul ketiga untuk mengembalikan jawatan Dr Chua sebagai Timbalan Presiden.

Jawatankuasa pusat parti kemudian memilih Naib Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Timbalan Presiden pada 15 Oktober lepas. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan