Bajet tidak menyakitkan, kata Najib

Diterbitkan: Ahad, 25 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HUA HIN: Menyifatkan Bajet 2010 sebagai "tidak menyakitkan", Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak wajar mengeluh terhadap keputusan kerajaan mengenakan cukai perkhidmatan tahunan RM50 ke atas kad kredit utama dan kad caj.

Sebaliknya beliau berkata mereka sepatutnya melihat pelbagai manfaat yang disediakan oleh kerajaan, terutama cadangan pelepasan cukai pendapatan individu daripada RM8,000 kepada RM9,000.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga bersetuju mengurangkan kadar maksimum cukai pendapatan individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus, mulai penilaian 2010.

"Mereka mendapat pelepasan cukai RM1,000 dan pengurangan cukai daripada 27 peratus kepada 26 peratus. Tak akan tak boleh bayar RM50 (cukai kad kredit)," kata Perdana Menteri kepada media Malaysia selepas mesyuarat sehari suntuk antara pemimpin Asean dan rakan sejawatan mereka dari China, Jepun, Korea Selatan dan India, pada Sidang Kemuncak Asean ke-15.

Najib yang tiba di sini pada malam Jumaat, selepas membentangkan Bajet 2010 di Parlimen, sebelum itu meminta reaksi media mengenai pembentang bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada beberapa pihak menyambut baik langkah mengenakan cukai RM50 ke atas kad kredit, ada yang merasakan ia membebankan kumpulan berpendapatan rendah dan menjejaskan perbelanjaan domestik.

Perdana Menteri berkata semua orang wajar melihat manfaat yang mereka peroleh menerusi bajet itu.

Beliau berkata langkah untuk meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu, bermakna setiap individu akan mendapat tambahan RM1,000 dalam pendapatan boleh guna.

Dengan tema "1Malaysia, Bersama Kita Makmur", Najib membentangkan Bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion dengan tiga strategi untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan mampan dan menyeluruh dan memberi tumpuan terhadap kebajikan rakyat.

Antara manfaat untuk individu ialah keputusan memberikan pelepasan cukai ke atas fi langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan