Tunku Mahkota Johor dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Toh Puan Norkiah Abdullah bersama-bersama memotong kek sambutan sempena ulang tahun hari jadi ke-88 di Padang Dewan Suarah di sini, hari ini. Tuanku Mahkota Johor Tuanku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengetuai senarai 808 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena ulang tahun itu.- foto BERNAMA.
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Toh Puan Norkiah Abdullah bersama-bersama memotong kek sambutan sempena ulang tahun hari jadi ke-88 di Padang Dewan Suarah di sini, hari ini. Tuanku Mahkota Johor Tuanku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengetuai senarai 808 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena ulang tahun itu.- foto BERNAMA.

KUCHING: Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengetuai senarai 808 penerima darjah kebesaran dan pingat negeri sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Muhammad Salahuddin Abang Barieng ke-88 hari ini.

Baginda menerima anugerah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP), yang membawa gelaran Datuk Patinggi.

Allahyarham isteri Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Amar Puan Sri Laila Taib juga dianugerahkan gelaran Datuk Patinggi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Seri Adenan Satem menerima anugerah Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA), yang membawa gelaran Datuk Amar.

Tiga penerima anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri, ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Michael Manyin Jawong dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Pembantu Menteri bagi Komunikasi dan Pembangunan Infrastruktur Negeri Bolhassan Di, Pembantu Menteri bagi Pelancongan dan Pembangunan Bandar Negeri Hamden Ahmad dan Sarawak Anglican Bishop Right Reverend Bolly Lapok adalah penerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK), yang membawa gelaran "Datuk".

Tujuh orang menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS), yang membawa gelaran Datu ialah Pengarah Unit Pembangunan Sumber Manusia di Jabatan Ketua Menteri Sarudu Hoklai, penduduk bahagian Betong Romie Sigan Daniel, kerani Majlis Mesyuarat Kabinet Negeri Masbah Ariffin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Abu Bakar Mat, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Bintulu (BDA) Mohidin Ishak, Pengarah Jabatan Pelajaran Sarawak Dr Julaihi Bujang dan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sarawak Takun Sunggah.

Isteri kepada Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datin Amar Dayang Morliah Awang Daud adalah antara lapan penerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBs), yang membawa gelaran Dato.

Yang lain ialah Penasihat HWS Properties Sdn Sdn William Wei How Sieng, penyanyi veteran Sarbanun Abdul Kadir Marican, Presiden Persatuan Orang Ulu Sarawak Dr Abu Bakar Abdullah @ Tom Belarek, Mohamad Ramji Alli dari Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli perniagaan Bujang Tun Admad Zaidi Adruce, pastor Rev. Dr Su Chii Ann dan Paul Teo Choo Tee.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat, Datuk Bandar Bandaraya Kuching Utara Abang Mohamad Atei Abang Medaan dan Datuk Bandar Bandaraya Kuching Selatan James Chan Khay Syn adalah di antara mereka yang menerima Johan Bintang Sarawak (JBS).

Yang lain ialah anggota Exco Saberkas Mohd Amin Hassan, Mohamed Ali Mohamed Sheriff, Jantan Besi, Abang Amir Abang Latip dan Dayang Madinah Tun Abang Openg manakala 10 yang lain termasuk Pemangku Timbalan Peguam Negara Sarawak Francis Johen Adam dan Setiausaha Tetap Kemudahan Awam Negeri Ubaidillah Abdul Latip ialah di antara penerima Johan Bintang Kenyalang (JBK).

Sementara itu, Ketua Biro Bernama Sarawak Caroline Anne Ranyed Jackson, yang juga Pengerusi Persatuan Wartawan Komanwel Sarawak, pula menerima Ahli Bintang Sarawak (ABS). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan