Tingkatkan ekonomi fakir miskin supaya berubah jadi pembayar zakat

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Walaupun Lembaga Zakat Selangor (LZS) mampu mengutip lebih daripada RM200 juta setahun sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi badan itu mempunyai misi yang lebih besar iaitu mengeluarkan penerimapenerima zakat daripada kepompong kemiskinan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Oleh itu, Majlis Agama Islam (MAIS) dan LZS perlu berusaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi para penerima zakat ini supaya satu hari nanti mereka tidak lagi menerima zakat tetapi menjadi pembayar zakat, katanya semasa berucap pada majlis penutup Seminar Zakat dan Pengurusan Integriti Dakwah NGO Islam anjuran bersama LZS, MAIS dan Jabatan Agama Islam, Selangor, di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata jika ini boleh dilaksanakan Selangor mampu menjadi contoh kepada satu bilion umat Islam di seluruh dunia dalam usaha untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kemiskinan, katanya.

Katanya zakat mampu mengimbangkan pendapatan golongan kaya dan miskin di mana di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz pernah satu ketika tiada lagi penerima zakat kerana ekonomi umat Islam di zaman pemerintahannya, telah meningkat.

Bagaimanapun, pada masa kini apa yang menyedihkan beliau berkata lebih 30 peratus daripada kekayaan di dunia ini dimiliki oleh orang Islam tetapi malangnya hampir 80 peratus daripada kekayaan itu dimiliki oleh segolongan kecil umat Islam yang bilangannya tidak sampai 10 peratus daripada satu bilion umat Islam.

Oleh sebab itu, sehingga kini masih lagi ramai umat Islam yang miskin seperti di Bangladesh, Indonesia, Sudan dan Somalia, kata beliau.

Selain dihimpit kemiskinan, umat Islam dipandang serong oleh Barat kerana pertelingkahan sesama mereka sendiri yang disiarkan di seluruh dunia melalui saluran televisyen satelit seperti CNN dan BBC, katanya.

Mengenai pencapaian LZS pada tahun ini, Abdul Khalid berkata beliau dimaklumkan sehingga Sept 2009 ini LZS berjaya mengutip zakat harta sebanyak RM170 juta.

Bagaimanapun, beliau berkata masih ada di kalangan umat Islam yang layak mengeluarkan tetapi belum lagi menunaikan tanggungjawab itu dan badanbadan bukan kerajaan Islam diharap agar dapat bersama membantu LZS dan MAIS dalam berdakwah kepada masyarakat Islam mengenai kepentingan zakat di dalam ekonomi umat Islam.

Pada majlis itu, Abdul Khalid juga menyampaikan bantuan zakat kepada 38 Badan Bukan Kerajaan dan sembilan badan dakwah di Selangor berjumlah RM1.1 juta. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan