Setem kenang-kenangan sempena pertabalan Tuanmku Mukhriz dilancarkan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kakitangan Pos Malaysia Tantia Ayunny Mohd Ridzuan menunjukkan setem Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sempena pelancaran Setem dan Sampul Surat Hari Pertama Pertabalan Tuanku Muhriz di Istana Lama Seri Menanti di sini hari ini. Pos Malaysia mencetak tiga jenis setem berharga 30 sen, 50 sen dan RM1dan satu jenis sampul surat Hari Pertama Pertabalan baginda.-Foto BERNAMA.
Kakitangan Pos Malaysia Tantia Ayunny Mohd Ridzuan menunjukkan setem Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud sempena pelancaran Setem dan Sampul Surat Hari Pertama Pertabalan Tuanku Muhriz di Istana Lama Seri Menanti di sini hari ini. Pos Malaysia mencetak tiga jenis setem berharga 30 sen, 50 sen dan RM1dan satu jenis sampul surat Hari Pertama Pertabalan baginda.-Foto BERNAMA.

KUALA PILAH: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini melancarkan setem kenangkenangan serta sampul surat Hari Pertama yang dikeluarkan Pos Malaysia Bhd sempena pertabalan baginda sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke11 pada Isnin ini.

Turut berangkat ke majlis pelancaran yang berlangsung di Istana Lama Seri Menanti dekat sini ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al'Abidin ibni Tuanku Muhriz.

Turut hadir ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor dan Pengerusi Pos Malaysia Bhd Tan Sri Aseh Che Mat.

Koleksi setem itu yang akan dijual kepada umum di seluruh negara mulai Isnin ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 29mm x 34mm, dalam denominasi 30 sen dan 50 sen manakala saiz 58mm x 34mm dalam demoninasi RM1.

Setem kenangkenangan tersebut memaparkan koleksi potret Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani.

Selain itu, sampul surat hari pertama berharga 30 sen pula boleh didapati di pejabat pos seluruh negara manakala folder yang berharga RM5.50 boleh didapati di pejabat pos yang terpilih sahaja.

Sementara itu, ketika merasmikan pameran "Raja Kita" serta melancarkan setem dan sampul surat hari pertama sempena pertabalan baginda, Tuanku Muhriz bertitah setem yang menjadi tanda atau simbol kepada pembayaran khidmat penghantaran surat telah menjadi bahan himpunan atau "collectors item" yang tinggi harganya.

Baginda bertitah ia juga mencerminkan peristiwa penting dalam sejarah tamadun manusia.

"Di samping itu, setem dan sampul surat hari pertama sudah menjadi bahan rebutan di kalangan filateli di seluruh dunia. Dalam konteks ini beta berpendapat setem dan sampul surat Hari Pertabalan ini berkemungkinan akan menjadi 'collectors item' pada suatu hari nanti," titah baginda.

Mengenai pameran Raja Kita, baginda berharap agar rakyat di Negeri Sembilan akan mengambil peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat pameran yang dapat memberikan banyak informasi dan pendedahan kepada rakyat tentang institusi Raja di Negeri Sembilan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan