RISDA, FELDA dan FELCRA tubuh konsortium RM300 juta untuk projek Gedung Makanan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RISDA, FELDA dan FELCRA akan menubuhkan sebuah konsortium untuk melaksanakan pelbagai projek industri hiliran negara dengan pengagihan ekuiti yang sama rata iaitu RM100 juta bagi setiap agensi.

Projek yang juga akan dikenali sebagai "Gedung Makanan Negara" itu akan turut terlibat dalam perkongsian teknologi, pengurusan perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluarga pertanian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata usaha sedang dilakukan untuk menjadikan kawasan penempatan Felda sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan hasil tanaman berskala besar.

"Tanah lapang di penempatan Felda akan ditanam dengan tanaman seperti lada, terung, bunga kantan dan pisang dan FAMA akan membantu memasarkan hasil tanaman tersebut," katanya semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat semalam.

Kata Najib lagi, bagi memastikan hasil pertanian negara dapat dipasarkan ke luar negara dengan lebih cekap dan cepat, usaha penambahbaikan kemudahan kargo akan dipertingkatkan.

"Untuk ini, MASkargo akan meningkatkan kapasiti kemudahan kargo udara bagi pengedaran hasil pertanian yang mudah rosak untuk dieksport.

"Langkah ini akan dapat membantu pengusaha untuk mengeksport lebih banyak hasil pertanian," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan