Perdamaian dua pemimpin MCA beri keyakinan kepada masyarakat Cina

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdamaian di antara Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dengan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memberi keyakinan bahawa masyarakat Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi jaminan berkenaan selepas dua pemimpin parti itu bersetuju mengetepikan pergeseran menerusi pelan perpaduan yang dirangka selain membuktikan kesedaran mereka untuk mengukuhkan semula parti.

"Perdamaian ini membuktikan para pemimpin MCA mengutamakan pengukuhan parti terutama dalam menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri istiadat Pengurniaan DarjahDarjah Kebesaran Negeri sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang ke-79 di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan dua pemimpin MCA itu yang bersetuju berdamai dan mengetepikan pergeseran antara mereka dalam pelan perpaduan utama yang dirangka para pemimpin parti itu.

Pelan perpaduan itu mendapat restu dan sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN.

Liow berkata pihaknya menyedari bahawa masyarakat Cina semakin bosan dengan pergeseran yang berlaku dalam MCA.

"Jadi, MCA mahu terus bergerak ke hadapan untuk membantu kerajaan BN bagi mencapai agenda yang dirangka dan kita perlu laksanakan banyak lagi agenda parti yang dapat membawa semangat 1Malaysia selain membantu BN memenangi pilihan raya akan datang," katanya.

Beliau berkata dengan tempoh pilihan raya umum ke-13 semakin dekat, adalah penting untuk MCA bersatu dan bukan menghabiskan masa dengan bertelingkah sesama sendiri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan