Kerajaan peruntuk RM500,000 kepada Primas - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cenderahati yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) Datuk R. Ramalingam Pillai (dua, kiri) pada majlis makan malam PRIMAS 2009 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chee Wan dekat Subang Jaya di sini, malam tadi. Turut sama Pengerusi penganjur malam PRIMAS, Datuk N.S. Muneyaandy (kanan). Kerajaan memperuntukkan RM500,000 kepada PRIMAS untuk menubuhkan sebuah institut latihan bagi melatih tenaga kerja tempatan. -Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima cenderahati yang disampaikan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) Datuk R. Ramalingam Pillai (dua, kiri) pada majlis makan malam PRIMAS 2009 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chee Wan dekat Subang Jaya di sini, malam tadi. Turut sama Pengerusi penganjur malam PRIMAS, Datuk N.S. Muneyaandy (kanan). Kerajaan memperuntukkan RM500,000 kepada PRIMAS untuk menubuhkan sebuah institut latihan bagi melatih tenaga kerja tempatan. -Foto BERNAMA.

SUBANG JAYA: Kerajaan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) untuk menubuhkan sebuah institut latihan bagi melatih tenaga kerja tempatan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan penubuhan institut berkenaan, kerajaan boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing khususnya dalam bidang perusahaan makanan.

"Walaupun di negara kita mempunyai penduduk yang ramai, tidak ramai yang berminat untuk bekerja dalam sektor ini dan kita terpaksa menggunakan tenaga asing supaya industri makanan dan restoran ini dapat terus berkembang.

"Sebab itu, kita akan kawal kemasukan tenaga asing, dan pada masa yang sama kita akan melatih orang tempatan dan memberi mereka bayaran yang setimpal," katanya ketika berucap pada majlis Malam Primas 2009 di sini semalam.

Muhyiddin berkata industri makanan dan restoran merupakan perusahaan yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara iaitu lebih kurang RM7 bilion setahun.

Sementara itu, Muhyiddin berkata semua restoran makanan India perlu mempunyai sijil perakuan Halal serta memastikan memberi kualiti, layanan mesra dan harga berpatutan untuk mengekalkan pelanggan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Saya harap semua restoran makanan India mempunyai sijilsijil perakuan Halal bagi mengelakkan rasa curiga dan waswas di kalangan pelanggan mereka khususnya yang beragama Islam.

"Restoran-restoran itu perlu mengekalkan layanan mesra, kualiti makanan dan harga yang berpatutan kerana mereka menjadi tempat kunjungan kaum India, Cina dan Melayu selain dapat meraih keuntungan. Kalau itu dapat dilakukan, mereka tak perlu lagi buat iklan dalam akhbar atau media," katanya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan Primas Marketing and Distributors Bhd yang akan menjadi sebuah syarikat pembekal barang-barang mentah kepada anggota Primas.

Dengan adanya syarikat pembekal berkenaan, diharap pengusaha restoran dan makanan akan mengenakan harga yang setimpal selain mendapat bekalan mencukupi. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan