Kerajaan akan beri insentif galak swasta buka kelas pra-sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) memasukan replika RM 50 ke dalam Tabung Pendidikan Pagoh sambil diperhatikan Pengerusi Seketariat Pendidikan Parlimen Pagoh Tahir Mohd Taat (kiri) dan Adun Jorak Dr Shahruddin Md Salleh ketika pelancaran tabung itu pada majlis perasmian karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) memasukan replika RM 50 ke dalam Tabung Pendidikan Pagoh sambil diperhatikan Pengerusi Seketariat Pendidikan Parlimen Pagoh Tahir Mohd Taat (kiri) dan Adun Jorak Dr Shahruddin Md Salleh ketika pelancaran tabung itu pada majlis perasmian karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar di sini, hari ini.-Foto BERNAMA.

MUAR: Kerajaan akan memberikan insentif kepada pihak swasta dalam usaha menggalakkan mereka membuka lebih banyak kelas-kelas pra-sekolah di bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembukaan kelaskelas ini akan membolehkan lebih ramai ibu bapa menikmati kemudahan pendidikan pra sekolah buat anak-anak mereka, sekaligus meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti.

"Kerajaan akan umumkan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri, bentuk insentif itu, seperti menyediakan tabung pinjaman kepada pihak swasta yang mahu membuka sekolah berkenaan, dan sebagainya," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran dan Anggota Parlimen Pagoh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Karnival Pendidikan dan Kerjaya Parlimen Pagoh, di sini, hari ini.

Muhyiddin seterusnya berkata kerajaan juga tidak mempunyai masalah untuk memberikan lesen kepada para pengusaha terbabit bagi menjayakan rancangan membuka lebih banyak kelas-kelas prasekolah.

Sementara itu merujuk kepada SubBidang Keberhasilan Negara (Sub-NKRA) Sekolah Berprestasi Tinggi, Timbalan Perdana Menteri berkata 20 sekolah sudah dikenal pasti sebagai sekolah yang mampu menjadi contoh dan diberikan perhatian oleh kerajaan.

Katanya sekolahsekolah yang akan dimumkan kelak itu bukan sahaja mempunyai kriteria sejarah prestasi tinggi dari segi keputusan peperiksaan malah turut memiliki guru yang cemerlang.

"Sekolah terpilih ini akan diberi perhatian dan tumpuan supaya ia menjadi contoh. Semua pelajar akan diberikan tempat untuk belajar di sekolahsekolah ini termasuk yang miskin tetapi cemerlang," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan berharap dapat mewujudkan 100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi dalam jangka masa lima tahun akan datang. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan