Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus pada 1 Januari 2011

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dinaikkan semula kepada kadar 11 peratus mulai 1 Jan, 2011 manakala bagi potongan secara sukarela pula berkuat kuasa serta merta, memandangkan keadaan ekonomi dijangka pulih, kata Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Sebelum ini, kerajaan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman KWSP mereka secara sukarela daripada 11 peratus kepada 8 peratus selama dua tahun mulai 1 Jan, 2009 sebagai sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi berjumlah RM7 bilion yang diperkenalkan pada November tahun lepas.

Membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri juga mencadangkan pelepasan cukai individu sebanyak RM6,000 yang sedia ada untuk tujuan caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan kepada RM7,000, untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai skim anuiti.

Kenaikan RM1,000 itu adalah bagi pelepasan ke atas premium anuiti yang mula dibayar pada 1 Jan, 2010 bagi skim persaraan yang ditawarkan oleh syarikat insurans, katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata memandangkan jangka hayat rakyat semakin meningkat, tabungan dalam KWSP mungkin tidak mencukupi selepas persaraan dan dengan itu skim anuiti merupakan satu instrumen kewangan yang sesuai bagi untuk tujuan penampungan pendapatan semasa persaraan.

Kerajaan, katanya sedar betapa pentingnya untuk rakyat menyimpan semasa usia muda bagi memastikan aliran pendapatan yang tetap dan berterusan selepas persaraan. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan