Cadangan EGM khas PAS ada hikmahnya - Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar parti itu mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi membersihkan kumpulan prokerajaan perpaduan mungkin ada hikmah, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid bagaimanapun menganggap bahawa cadangan itu menunjukkan wujudnya masalah dalam PAS.

"Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti PAS tetapi saya fikir doa mereka (PAS) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno dan Barisan Nasional berpecah.

"Saya percaya doa yang tidak baik itu kembali kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di sini hari ini.

Mursyidul Am PAS itu dalam blognya baru-baru ini mencadangkan agar parti itu mengadakan EGM bagi menentukan masa depan beberapa pemimpin parti berkenaan yang dikatakan bermasalah.

"Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengalualukan EGM MCA berikutan masalah dalaman parti itu. Jadi kali ini apa yang beliau sebut itu terkena pada batang hidung sendiri," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan