Bom ditemui, 2 kawasan perumahan dikosongkan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar memeriksa sebutir bom lama tahun 1945 jenis MK 1 seberat 227 kg yang dijumpai pekerja Indonesia di tapak pembinaan Taman Damai Utama Puchong di sini, hari ini. Bom tersebut akan dimusnahkan lewat petang ini. Polis mengarahkan penduduk dari Taman Puncak Jalil 7 dan enam blok Pangsapuri Enggang berpindah ke kawasan semasa kerja pemusnahan dilakukan.-Foto BERNAMA.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar memeriksa sebutir bom lama tahun 1945 jenis MK 1 seberat 227 kg yang dijumpai pekerja Indonesia di tapak pembinaan Taman Damai Utama Puchong di sini, hari ini. Bom tersebut akan dimusnahkan lewat petang ini. Polis mengarahkan penduduk dari Taman Puncak Jalil 7 dan enam blok Pangsapuri Enggang berpindah ke kawasan semasa kerja pemusnahan dilakukan.-Foto BERNAMA.

PUCHONG: Sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sedang mengorek tanah sedalam 10 meter dan membina benteng pasir bagi memusnahkan bom seberat 227kg peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di tapak pembinaan Taman Damai Utama, Bandar Kinrara dekat sini petang semalam.

Bom berukuran kira-kira satu meter panjang itu yang ditemui oleh sekumpulan pekerja tapak pembinaan taman itu apabila diletupkan lewat petang nanti dipercayai akan menyebabkan gegaran sekitar satu kilometer radius.

Bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar, polis mengarahkan ratusan penduduk di Taman Puncak Jalil 7 dan enam blok Pangsapuri Enggang di sini mengosongkan kediaman masingmasing ketika kerja meletupkan bom dilakukan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata polis akan menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan penduduk di dua kawasan perumahan itu untuk mengosongkan kediaman masing-masing demi keselamatan.

"Bom itu akan dimusnahkan lewat petang ini selepas kerjakerja membuat benteng tanah dan mengorek lubang selesai dilakukan yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam," katanya kepada pemberita hari ini.

Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati pita kuning polis turut dipasang bagi menghalang laluan masuk ke kawasan itu dan kerja-kerja tanah di kawasan tersebut turut dihentikan.

Bom itu ditemui kira-kira pukul 6 petang semalam ketika pekerja tapak pembinaan itu sedang mengorek tanah di kawasan tersebut dan pada bom itu tertera tahun 1945 dan model MK1. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan