Badan kehakiman Malaysia perlu melihat menjangkaui sempadan sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 24 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Badan kehakiman Malaysia perlu melihat menjangkaui sempadan nasional dan menerima pakai lebih banyak pemikiran dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa dalam membuat keputusan perundangan, titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah hari ini.

Ia bukan berkenaan meniru pihak lain, titah baginda semasa berucap di hadapan sejumlah besar pakar undan-gundang dan pentadbir badan kehakiman semasa merasmikan kolokium Badan Kehakiman mengenai hak asasi manusia, di sini.

"Ianya berkenaan usaha mencari penyelesaian kepada masalah-masalah tempatan melalui perundingan dengan piawaian yang diterima secara universal. Ianya berkenaan mendapatkan pengalaman pihak lain yang telah menghadapi masalah-masalah yang sama," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah bahawa ia merupakan amalan biasa dalam kebanyakan negara maju pada masa ini dan bukan menjadi alasan bagi Malaysia untuk tidak melakukannya.

Baginda bertitah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di negaranegara lain telah menjalankan peranan sebagai "amicus curiae" atau rakan mahkamah dan menawarkan pendapat-pendapat pakar berhubung isu hak asasi manusia.

Apabila ia berkaitan mendukung hak asasi manusia, tanggungjawab itu betulbetul berada di anak tangga Istana Keadilan, titah baginda sambil menambah tiada badan yang lebih penting daripada badan kehakiman yang mana memandangkan peranan dan fungsifungsinya yang mendukung perlembagaan dan hak-hak yang diberikan kepada warganegara.

"Mahkamah-mahkamah adalah dan akan sentiasa menjadi perkataan muktamad yang menentukan penyampaian keadilan," titah baginda.

Bagaimanapun, titah baginda, kedudukan ini tidak menyenangkan dan menyebabkan orang lain iri hati.

Mengenai sudut yang positif, baginda bertitah mahkamah-mahkamah mempunyai kuasa untuk membentuk masyarakat dengan mengangkat standard sosial berhubung sikap dan amalan tetapi pada sudut yang negatif, mahkamah-mahkamah kerap kali dikritik sama ada kerana tidak menguatkuasakan hak asasi manusia atau melakukannya pada luarannya sahaja.

"Pada pandangan beta, tiada badan yang lebih penting daripada badan kehakiman. Peranannya dan fungsi sebagai pendukung cara keadilan bahawa ia boleh memberikan makna yang relevan dan baru kepada dasar kebebasan yang termaktub di dalam perlembagaan," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah bahawa isu keadilan hanya boleh diselesaikan melalui perbicaraan yang adil dan aplikasi undang-undang yang konsisten dan ia memerlukan keberanian yang hebat.

"Orang ramai selalunya tidak akan menerima dengan baik sesuatu keputusan dan ia sudah pasti ada pandangan yang menentang, berasaskan, beta agak, di mana letaknya kepentingan seseorang itu.

"Hasilnya, hari ini kita mempunyai sejumlah isu politik dan sosial yang untuk sesuatu sebab atau kerana lain, menjadi buntu dan hampir-hampir sukar dipengaruhi," titah baginda.

Raja Muda Perak itu bertitah bahawa hak asasi manusia tidak boleh menjadi satu kenyataan sehingga semua rakyat Malaysia menghormati dan memperhatikannya.

"Apabila seseorang menginjak-injak hak asasi orang lain, sama ada di dalam bidang politik, agama atau kebudayaan, ia menyebabkan berlakunya masalah hak asasi manusia.

"Apabila ramai orang melakukan perkara yang sama, berulangkali, ia boleh mencetuskan malapetaka hak asasi manusia," titah baginda.

Raja Dr Nazrin Shah bertitah bahawa di dalam alam sekeliling yang baru hari ini, kerajaan dipengaruhi oleh kesalinghubungan secara global, oleh lebih ramai warganegara yang berpelajaran dan yang diberi kuasa dan keperluan untuk lebih responsif kepada para pengundi mereka.

Berhubung perkara ini, baginda bertitah satu bentuk hubungan baru di dalam kerajaan perlu dilakukan, seperti di antara kumpulan eksekutif dan badan kehakiman; antara kerajaan dan orang awam; dan antara negara dan masyarakat antarabangsa.

Baginda bertitah mereka yang berada di dalam kerajaan perlu memahami dan menghayati prinsip-prinsip dasar hak asasi manusia.

"Sehingga prinsip-prinsip hak asasi manusia itu dihayati, iaitu, sehingga mereka menjadi sebahagian daripada kepercayaan dan nilainilai teras, dan sehingga mereka membentuk sikap dan perangai, hak asasi manusia akan selama-lamanya kekal sebagai mimpi yang jauh," titah baginda.

Baginda juga bertitah bahawa adalah penting bagi mahkamah-mahkamah, dalam menterjemah perlembagaan, supaya mencuba dan mendedahkan maksud sebenar di sebalik kandungannya.

"Kerap kali, interpretasi memerlukan pertimbangan nilai dan para hakim mesti mempertimbang moral undang-undang itu dan prinsip etika sebelum membuat keputusan mereka," titah baginda.

Baginda juga bertitah integriti, kebebasan dan kesaksamaan mahkamah-mahkamah mesti benar-benar mutlak, jika mereka benar-benar hendak melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Sebarang dan setiap bayangan salah laku mesti disingkirkan daripada sistem, walaupun hanya satu titik, ia boleh meracuni keseluruhannya," titah baginda.

Baginda juga bertitah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) perlu melantik dengan cara yang lebih penting dan konstruktif.

"Senarai masalah hak asasi manusia terus meningkat yang memerlukan perhatian dan Suhakam boleh memainkan peranan lebih proaktif dalam menawan ahli parlimen dan agensi kerajaan dan merumuskan atau mengkaji semula undang-undang dan prosedur," titah baginda. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan