Tian Chua masih anggota Parlimen Batu - SPR

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat(PKR) Tian Chua masih kekal sebagai anggota Parlimen Batu selagi proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret semalam, belum selesai.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Tian Chua atau Chua Tian Chang yang dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret setelah didapati bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lepas.

"Saya difahamkan daripada media bahawa beliau akan memfailkan rayuan. Setakat yang kami tahu, proses (rayuan) itu belum muktamad. Jadi beliau masih kekal sebagai anggota Parlimen," katanya.

Keputusan mahkamah itu boleh menyebabkan Tian Chua kehilangan kerusi Parlimennya kerana mengikut Perkara 48 (1)(e) Perlembagaan Persekutuan bahawa seseorang itu hilang kelayakan menjadi Anggota Parlimen jika dia disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah yang termasuk dalam Negeri Sabah dan Sarawak atau di Singapura) dan dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang dari RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Abdul Aziz berkata walaupun SPR memantau kes itu, ia akan hanya bertindak setelah menerima laporan rasmi daripada Speaker Parlimen mengenai perkara itu. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan