Suruhanjaya baru bagi pengangkutan awam darat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menyedari kemudahan pengangkutan awam yang efisien mampu meningkatkan produktivi dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkannya berkata kerajaan akan mempercepatkan penubuhan dan operasi SPAD sebagai pihak berkuasa tunggal untuk mengawasi dan menguatkuasakan piawaian perkhidmatan serta menyedia rancangan jangka panjang pengangkutan awam bandar.

"SPAD dijangka mula beroperasi pada 2010," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mengumumkan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan menambah lapan unit "electric multiple units" (EMU) yang baru dan membaik pulih sembilan EMU dan langkah itu akan dapat meningkatkan kekerapan dan kecekapan perkhidmatan komuter sedia ada.

Syarikat milik negara, Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB), katanya juga akan menambah 35 unit Aliran Transit Ringan (LRT) bagi laluan Kelana JayaTaman Melati.

"Empat unit tren telah diterima dan sedang beroperasi, manakala 22 unit akan diterima pada tahun 2010 dan bakinya pada 2011. Langkah ini akan dapat menampung jumlah pengguna yang semakin meningkat," katanya.

Kerajaan juga bercadang membina laluan berbumbung menghubungkan stesenstesen LRT ke pusat aktiviti berhampiran iaitu Plaza Rakyat, Pasar Seni, Bandaraya, Jln Sultan Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra dan Jalan Hang Tuah.

Kerajaan juga akan memperluaskan laluan khas dan menambah bilangan bas untuk meningkatkan kekerapan perkhidmatannya di Kuala Lumpur dan di samping itu, empat hab baru akan dibina di Pulau Pinang untuk meningkatkan perkhidmatan bas dan penambahan rangkaian laluan.

Bajet 2010 juga mencadangkan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak yang dapat mengurangkan kesesakan di pusat bandar raya.

Kerajaan juga akan melaksanakan laluan khas untuk bas di lebuh raya yang kurang digunakan dan mengubah suai laluan Touch n' Go di plaza-plaza tol. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan