RISDA, FELDA dan FELCRA tubuh konsortium RM300 juta untuk projek Gedung Makanan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RISDA, FELDA dan FELCRA akan menubuhkan sebuah konsortium untuk melaksanakan pelbagai projek industri hiliran negara dengan pengagihan ekuiti yang sama rata iaitu RM100 juta bagi setiap agensi.

Projek yang juga akan dikenali sebagai "Gedung Makanan Negara" itu akan turut terlibat dalam perkongsian teknologi, pengurusan perladangan, kerjasama perniagaan termasuk aktiviti pembekalan dan pemprosesan keluarga pertanian.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata usaha sedang dilakukan untuk menjadikan kawasan penempatan Felda sebagai gedung makanan negara yang mampu mengeluarkan hasil tanaman berskala besar.

"Tanah lapang di penempatan Felda akan ditanam dengan tanaman seperti lada, terung, bunga kantan dan pisang dan FAMA akan membantu memasarkan hasil tanaman tersebut," katanya semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Najib lagi, bagi memastikan hasil pertanian negara dapat dipasarkan ke luar negara dengan lebih cekap dan cepat, usaha penambahbaikan kemudahan kargo akan dipertingkatkan.

"Untuk ini, MASkargo akan meningkatkan kapasiti kemudahan kargo udara bagi pengedaran hasil pertanian yang mudah rosak untuk dieksport.

"Langkah ini akan dapat membantu pengusaha untuk mengeksport lebih banyak hasil pertanian," katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan