Polis Kelantan siasat kejadian sejadah berdiri; Mufti Kelantan nasihat jangan percaya

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian misteri 36 sejadah yang dikatakan berdiri seperti makmum sedang mengerjakan solat di Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut, dekat sini, dua hari lalu. Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supt Haliludin Rahim berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut bagi memastikan dakwaan berhubung kejadian itu benar berlaku bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul akibat percubaan untuk memperdaya orang-ramai.

"Dalam isu ini, kami bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama bagi menentukan kesahihan kejadian itu untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul di kalangan umat Islam dan juga sama ada ia perbuatan untuk memperdayakan orang-ramai," katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian dua hari lepas, pelajar Sekolah Kebangsaan Tok Sangkut menemui 36 helai sejadah yang berada dalam kedudukan seperti makmum mengerjakan solat berjemaah di belakang imam dalam surau sekolah itu.

Kejadian yang sama berlaku pagi kelmarin apabila sebanyak 24 sejadah lagi ditemui dalam keadaan sama di surau Maahad ArRahmah Kenali, dekat Kubang Kerian di sini, kirakira jam 10 pagi oleh dua pelajar Tingkatan dua sekolah itu. Haliludin bagaimanapun menafikan pihaknya ada menahan pelajar atau manamana individu yang disyaki terbabit melakukan perbuatan itu yang dipercayai boleh menimbulkan kekeliruan akidah umat Islam.

"Hasil siasatan itu kita akan serahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam untuk tindakan lanjut, kerana jabatan berkenaan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam.

Sementara itu, Mufti Kerajaan Kelantan,Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad, berkata umat Islam tidak harus terpengaruh kejadian misteri yang berlaku di dua sekolah negeri berkenaan.

Menurutnya, ini kerana tiada sebarang keanehan atau boleh dianggap pelik ekoran penemuan sejadah terbabit, kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

Beliau menyifatkan kejadian itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab atau "budak- budak nakal". BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan