'Muzik Terbaik Tanpa Henti' tingkatkan bilangan pendengar Suria FM

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jumlah 'Pendengar Eksklusif (Setia)' Suria FM tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara iaitu sebanyak 67 peratus berbanding tahun lalu.

Keputusan tinjauan terbaru Survey AC Nielsen baru-baru ini telah mengesahkan pendengar Suria FM yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000 meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tinjauan lalu.

Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkata, peratus kenaikan bilangan pendengar Suria FM ternyata lebih tinggi berbanding pesaing lain.

Katanya, jumlah 'Pendengar Urban' Suria FM turut mencatatkan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tinjauan lalu dan peningkatan lebih tinggi dari pencapaian pasaran.

"Hasil tinjauan juga menunjukkan 'jangka masa mendengar' bagi pendengar Suria FM meningkat sebanyak tujuh peratus," katanya.

Susulan peningkatan bilangan pendengar Suria FM, Engku Emran memberitahu, pendapatan tahunan Suria FM telah menunjukkan peningkatan sebanyak 35 peratus sehingga September 2009 jika dibandingkan untuk tempoh yang sama tahun lepas.

"Tahun 2009 merupakan kejayaan kepada Suria FM dengan pengenalan konsep 50 Minit Muzik Tanpa Henti, 105 minit Muzik Maraton di samping pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun.

"Peningkatan pendengar mingguan Suria FM sebanyak 21 peratus sepanjang 12 bulan merupakan perkembangan paling besar berbanding pesaing utama lain," tambah Engku Emran.

Secara umumnya, pendengar radio berbahasa Melayu mengalami penurunan sebanyak 2.5 peratus bagi tahun 2009 berbanding 2008. Bagaimanapun, Suria FM tetap berjaya mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.

Pendengar Suria FM di sebelah pantai timur tanahair meningkat sebanyak 38 peratus dan pendengar di bahagian utara pula melonjak sebanyak 19 peratus jika dibandingkan dengan keputusan Survey kedua bagi tahun 2008.

> Suria FM mencatatkan kenaikan jumlah pendengar walaupun pasaran radio berbahasa Melayu telah menurun 2.5 peratus.

> Jumlah pendengar eksklusif Suria FM meningkat 67 peratus.

> Pendengar pantai timur Suria FM meningkat 38 peratus.

> Pendengar utara Suria FM meningkat 19 peratus.

> Pendengar berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 meningkat 41 peratus, tinggi berbanding pesaing kami.

> Pendengar Urban Suria FM turut meningkat sebanyak enam peratus lebih tinggi daripada prestasi pasaran.

> 'Jangkamasa mendengar' bagi pendengar Suria FM meningkat sebanyak tujuh peratus.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan