Langkah berani Bajet 2010 mampu kurangkan defisit negara – Muhyiddin

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Bajet 2010 yang dibentangkan hari ini mampu mengurangkan defisit yang dialami dalam pendapatan negara. “Dengan bajet ini kita yakin ia akan dapat mengurangkan defisit dalam pendapatan negara. Dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini kita lihat inisiatif yang diambil oleh Perdana Menteri dalam menguruskan belanjawan adalah satu langkah yang betul-betul penting. “Ini kerana pada ketika ini negara mengalami defisit dengan belanjawan ini kita yakin ia dapat diubah kepada positif 3 peratus. Ini akan menunjukkan peningkatan 6 hingga 7 peratus dalam tempoh masa setahun,” katanya kepada para pemberita ketika mengulas mengenai pembentangan Bajet 2010 di Lobi Parlimen di sini pada Jumaat. Menurut Muhyiddin, langkah yang diambil oleh Najib itu merupakan satu tindakan yang berani dan beliau yakin rakyat akan mendapat faedah daripada pelaksanaannya. “Saya lihat bajet yang dibentangkan hari ini adalah bajet terbaik untuk rakyat kerana mencakupi semua sektor dan menyentuh hati nurani semua lapisan masyarakat tidak kira yang miskin mahupun yang kaya akan mendapat faedah,” katanya. Jelasnya, bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut memberi ruang kepada kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dengan lebih cepat. “Dengan pakej-pakej rangsangan dan usaha-usaha untuk meningkatkan pelaburan dan menambahkan peluang-peluang pekerjaan yang telah diumumkan tadi kita jangkakan pada tahun 2010 pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi positif dengan lebih 3 peratus berbanding negatif yang kita lihat pada hari ini,” katanya. Kata Muhyiddin, bajet tersebut merupakan salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi negara untuk tempoh jangka masa panjang. “Bajet ini merupakan asas penting kepada pembentukan model ekonomi baru yang berteraskan kepada teknologi dan kreativiti dan ia akan dimulakan dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10),” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan