Kerusi Parlimen Batu, perlu tunggu keputusan mahkamah - SPR

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia untuk mengadakan pilihan raya kecil yang kesepuluh selepas Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu jika menerima notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kedudukan kerusi Parlimen Batu.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang halangan untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

"Pihak SPR tidak ada apa-apa halangan, namun ikut prosesnya kita kena terima dahulu notis kekosongan daripada Speker Dewan Rakyat yang memaklumkan mengenai kekosongan tersebut dan kita akan teliti," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan Mahkamah Majistret semalam terhadap ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya, dua tahun lalu.

Di bawah peruntukan itu, seorang Ahli Parlimen yang disabitkan bersalah di mana-mana mahkamah dan dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan daripada jawatannya.

Bagaimanapun hakim membenarkan hukuman penjara dan denda tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.

Tambah Abdul Aziz, kedudukan Tian Chua sebagai wakil rakyat hanya akan diketahui selepas keputusan rayuan itu nanti.

"Kalau hukuman itu kekal selepas proses rayuan berakhir, maka mengikut Perlembagaan akan wujudnya kekosongan bagi kerusi berkenaan.

"Tapi bagaimanapun kita kena tunggu dulu proses mahkamah itu berakhir," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan