TPM arah Kementerian Pelajaran siasat kata-kata diskriminasi ke atas seorang pelatih maktab

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan supaya satu siasatan diadakan ke atas dakwaan kononnya seorang pegawai kanan di Institut Pendidikan Guru Rajang memberitahu seorang pelatih yang dia terlalu gemuk untuk diterima sebagai seorang guru.

Muhyiddin berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom untuk segera menyiasat kes tersebut.

Beliau menegaskan pihak kementerian tidak pernah mengamalkan diskriminasi dalam memilih calon guru, apatah lagi berdasarkan keadaan fizikalnya.

Muhyiddin berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini ekoran laporan media yang memetik seorang pelatih bernama Joanna Gilbert Asson sebagai berkata bahawa beliau telah menjadi mangsa diskriminasi fizikal apabila seorang pegawai kanan maktab menempelaknya dengan berkata dia terlalu gemuk untuk menjadi seorang guru.

Muhyiddin berkata, hakikat bahawa Joanna diterima memasuki institut tersebut untuk kursus diploma pendidikan adalah bukti jelas yang beliau layak untuk menjalani latihan sebagai seorang guru.

“Saya berharap, beliau dapat menimbang semula keputusannya untuk menarik diri daripada kursus ini,” tambah Muhyiddin.

Pelatih berusia 29 tahun itu yang merupakan seorang pemegang ijazah pentadbiran perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional mendakwa pegawai tersebut membuat kenyataan berunsur diskriminasi ini ketika beliau melaporkan diri di institut berkenaan pada 22 Jun lalu.

Joanna mendakwa pegawai tersebut telah mengeluarkan kata-kata; “Awak ni gemuk. Awak tak mungkin dapat jadi guru dan tak kelihatan sihat. Datang semula tahun depan bila awak dah kurus.”

Ekoran daripada kekecewaan itu, Joanna telah menulis kepada Kementerian Pelajaran dengan menyatakan hasrat beliau untuk menarik diri daripada program tersebut dan memohon agar dipulangkan semula wang pendaftaran berjumlah RM300.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan