Ramai cadang tempoh tahanan ISA dikurang kepada 30 hari - Hisham - Berita Semasa | mStar

Ramai cadang tempoh tahanan ISA dikurang kepada 30 hari - Hisham

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tempoh tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkemungkinan akan dikurangkan daripada 60 hari kepada 30 hari, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu terkandung dalam cadangan yang bakal dikemukakan dalam pindaan ke atas ISA untuk dibentangkan di Parlimen dalam waktu terdekat.

"Sebenarnya banyak cadangan yang diterima...ada juga yang minta ia dipanjangkan...tapi setakat ini banyak yang mencadangan 30 hari. Saya juga harap ia akan dapat dibentangkan pada sesi tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hishammuddin berkata masih terdapat baki dua lagi pertemuan yang akan diadakan bagi membincangkan mengenai pindaan itu.

Antara perkara lain yang terkandung di dalam pindaan ialah hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa menteri tidak akan disalahgunakan, persepsi benar atau tidak ISA digunakan untuk kepentingan politik dan penahanan tanpa bicara.

Terdahulu, Hishammuddin mengadakan pertemuan dengan wakil dari Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia; dekan fakulti UndangUndang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM); wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Majlis Belia Malaysia.

Pertemuan itu bagi mendapatkan maklum balas mengenai pindaan ke atas ISA.

Dua lagi pertemuan akan diadakan selepas ini membabitkan Majlis Peguam, Kelab Penyokong Kerajaan, National Council of Women's Organisations dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Meskipun dijadualkan ada dua lagi pertemuan, namun mana-mana pihak yang berhasrat untuk mengemukakan pandangan boleh menghubungi kementerian atau menyalurkan maklumat terus ke laman facebook saya," katanya lagi.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan