Perhimpunan Agung GERAKAN tumpu pada pindaan perlembagaan

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan pada 31 Oktober dan 1 November ini akan memberi fokus kepada pindaan perlembagaan parti, kata Setiausaha Agungnya, Teng Chang Yeow, Khamis.

Persidangan ke-38 itu juga akan turut menumpukan perhatian terhadap amanat Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Adalah dijangkakan, sejumlah 1,800 perwakilan akan menghadiri persidangan itu yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi Barisan Nasional. Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 1 November.

"Taklimat tertutup oleh presiden kepada perwakilan akan diadakan buat pertama kalinya. Presiden akan memberikan taklimat kepada perwakilan mengenai hala tuju parti, pindaan perlembagaan dan juga perkembangan beberapa projek yang sedang dilaksanakan oleh Gerakan seperti Wawasan Open University," kata Teng pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Gerakan di sini.

Katanya lagi, sepertimana yang diumumkan oleh presiden, mereka akan mencadangkan beberapa pindaan terhadap perlembagaan parti, satu daripadanya ialah untuk membuat pindaan terhadap pelantikan pemegang jawatan parti iaitu bagi jawatan timbalan setiauasaha agung dan timbalan bendahari agung," katanya. Teng berkata mengikut perlembagaan sedia ada, jawatan timbalan perlu dilantik daripada kalangan anggota jawatankuasa yang dipilih, tetapi kini mereka mahu memindanya untuk membolehkan pelantikan dibuat daripada kalangan orang luar dan anggota jawatankuasa pusat yang dipilih.

Katanya ketetapan mengenai penubuhan cawangan juga akan dipinda.

"Pada ketika ini, perlembagaan Gerakan hanya membenarkan 18 cawangan di setiap bahagian, satu bahagian ialah satu kawasan Parlimen, sekarang kami mahu lebih daripada 18 cawangan," katanya.

Pergerakan Pemuda dan Wanita Gerakan juga akan mengadakan program pada persidangan itu dan buat pertama kalinya keseluruhan persidangan itu akan disiarkan secara langsung melalui laman web parti. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan