Jangan nafi pusat bantu Kelantan - Adun BN

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Wakil Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Kelantan meminta kerajaan negeri agar tidak menafikan pelbagai bentuk bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat kepada negeri itu.

Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) berkata pelbagai bentuk bantuan yang diberikan oleh kerajaan pusat itu merupakan bukti kerajaan negeri pimpinan PAS tidak pernah diabaikan.

"Daripada segi sektor pelancongan, kita dapat lihat kesanggupan kerajaan pusat memajukan sektor itu apabila Kementerian Pelancongan membelanjakan RM35 juta untuk membangunkan kawasan yang berpotensi," katanya ketika membahaskan titah ucapan Pemangku Raja Kelantan pada persidangan dewan itu di sini Rabu.

Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan, berkata kerajaan pusat turut memberi peruntukan RM5 juta untuk membangunkan kawasan tebing Sungai Kelantan bagi kemudahan rakyat beriadah.

Beliau berkata bahawa pada 2007, kerajaan pusat juga telah memperuntukan RM63 juta untuk membantu Kelantan, yang membuktikan kerajaan pusat tetap beri bantuan dan perkara itu harus diakui.

"Saya sedih kerana rakan-rakan di pihak kerajaan bersungguh-sungguh menghentam kerajaan pusat tanpa memikirkan jasa yang telah disalurkan kepada Kelantan selama ini," katanya.

Beliau berkata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen juga telah memberi pengakuan sama sekali tidak akan meminggirkan negeri kelahirannya itu dalam sektor pelancongan.

"Pergilah ke mana sahaja di luar negara Datuk Seri (Ng) akan tetap mempromosikan Kelantan terutama program homestay," katanya.

Selain Ng, katanya, Kelantan bertuah mempunyai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, kedua-dua dari negeri itu, yang telah memainkan peranan besar terhadap pembangunan di Kelantan.

Abdul Aziz berkata sebab itu MTPN amat berharap kerajaan Kelantan pimpinan PAS akan bekerjasama dengan pihaknya untuk menaiktaraf bandar Kota Baharu bagi menarik lebih ramai pelancong asing.

Persidangan dewan disambung esok. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan