SPRM teliti laporan Ketua Audit Negara 2008

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008 untuk mengesan sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan dana awam.

Kajian itu merupakan prosedur biasa yang dilakukan setiap tahun bagi memastikan ketelusan dalam setiap penyata dan pengurusan kewangan yang telah diaudit Jabatan Audit Negara.

Menurut kenyataan ibu pejabat SPRM di sini, hari ini jika terdapat unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, SPRM akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan prosedur siasatan sedia ada.

Pada Isnin, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung sebahagian besar daripada kerugian berjumlah RM1.14 bilion dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh.

Laporan itu mendapati wujud beberapa kelemahan pihak kontraktor seperti kelewatan, perolehan peralatan dan tren melebihi keperluan atau tidak diselaras dengan pembangunan struktur.

Dalam laporan lain, Ketua Audit Negara turut mengesan tindakan pembekalan alatan kepada badan berkanun Persekutuan pada harga yang 'tidak masuk akal'. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan