PAS mahu SUHAKAM desak kerajaan mansuhkan terus sistem undi pos

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mendesak kerajaan memansuhkan secara total sistem pengundian pos dalam proses pilihan raya atas alasan ia melanggar hak asasi manusia di negara ini.

Dewan Pemuda PAS juga sedang mempertimbangkan untuk membawa aduan berkaitan ketelusan perjalanan proses pengundian pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, sekiranya desakan mereka melalui SUHAKAM gagal mencapai perkembangan yang positif, pihaknya akan menimbang untuk membawa kes ini sehingga ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang lalu, Barisan Nasional (BN) melalui calonnya, Tan Sri Mohd Isa Samad menang dengan majoriti 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala lawannya daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Manakala bagi undi pos, BN mendapat 3,521 undi dan PAS mendapat 601 undi.

"Jika saluran yang kita gunakan sekarang tidak mendatangkan kesan yang kita harapkan... Dewan Pemuda PAS sedang meneliti ruang-ruang yang lain untuk kita meneruskan hasrat ini.

"Kita sedang memikirkan untuk membawa kes ini ke peringkat antarabangsa," kata Nasrudin dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum parti itu kepada SUHAKAM di sini hari ini.

Memorandum berkenaan adalah bagi mendesak SUHAKAM supaya mengadakan siasatan awam bagi menyiasat kelemahan sistem pengundian pos.

Bagaimanapun Nasarudin berkata keputusan untuk membawa aduan berkenaan ke peringkat antarabangsa bergantung kepada hasil maklumbalas yang akan diberikan oleh SUHAKAM nanti.

"Kita akan melihat dahulu kesan daripada memo yang kita serah, jika tidak (berhasil) kita akan meneliti ruang untuk kita sampai ke peringkat antarabangsa... kemungkinan kepada pihak biro aduan hak asasi peringkat antarabangsa.

"Jika perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemantau demokrasi Komanwel atau di peringkat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)," katanya lagi.

Ditanya sama ada aduan ke peringkat antarabangsa berhubung sistem pilihan raya yang selama ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebabkan campur tangan pihak luar, Nasrudin berkata: "Apa yang penting kita mengharapkan ketelusan demokrasi.

"Bila kita bawa perkara ini ke peringkat antarabangsa, kita mengharapkan pihak-pihak berwajib menasihat dan juga memberi panduan supaya memastikan sistem demokrasi negara kita berjalan dengan baik dan sekaligus menutup ruang-ruang yang tidak telus dalam sistem pilihan raya kita."

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan