Malaysia timbang permintaan Australia mengenai manusia perahu

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Malaysia akan mengkaji langkah yang boleh diambil terhadap permintaan Australia supaya diperketatkan kawalan imigresen dan pemberian visa bagi mengelak permerdagangan manusia dan insiden manusia perahu yang menjadikan Malaysia sebagai pusat transit, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata permintaan Australia itu disampaikan kepada beliau oleh rakan sejawatannya Kevin Rudd pada perjumpaan hubungan dua halanya di sini, selepas mereka menghadiri istiadat pemahsyuran dan angkat sumpah Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono semalam.

"Pertemuan itu diadakan atas permintaan Rudd, yang menyatakan puas hati dengan hubungan dua hala yang baik antara kedua-dua negara," kata Najib pada sidang media dengan wartawan Malaysia di akhir lawatannya ke sini.

Beliau berkata secara spesifik Rudd membangkitkan beberapa hal termasuk kekhuatiran Australia mengenai masalah manusia perahu yang menjadikan Malaysia negara transit yang kemudiannya mencuba masuk secara haram ke Australia.

Satu contoh terbaru ialah sekumpulan penduduk Tamil Sri Lanka yang masuk ke Malaysia kemudiannya menaiki perahu di Melaka ke Australia sebagai destinasi akhir mereka tetapi telah ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa Indonesia. Najib berkata antara langkah yang boleh dipertimbangkan oleh Malaysia ialah dengan menambah bilangan pegawai imigresen di negaranegara tertentu untuk menapis dengan lebih ketat permohonan masuk ke Malaysia supaya dapat dibezakan antara pelancong tulen dengan pemerdagangan manusia.

"Hal ini juga terkait dengan pemberian visa kepada mereka," kata beliau. Turut hadir pada persidangan akhbar itu ialah Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman.

Perdana Menteri berkata dalam pemerdagangan manusia, keuntungannya agak lumayan dengan kos yang dikenakan bagi seorang dari Sri Lanka untuk cuba masuk ke Australia ialah antara AS$15,000 dan AS$20,000 yang menyebabkan kegiatan sindiket orang tengah itu masih berterusan.

"Ini juga berkaitan kestabilan dalaman di Sri Lanka. Kalau kerajaan Sri Lanka dapat menjamin keturunan Tamil dapat sepadu dalam pembangunan Sri Lanka kemungkinan mereka menjadi manusia perahu akan dapat dikurangkan," katanya.

Turut dibincangkan dengan Rudd ialah tawaran Australia untuk membantu Malaysia meningkatkan keupayaan pendidikan vokasional di Malaysia, iaitu satu bidang kepakaran yang dimiliki oleh negara itu.

"Perdana Menteri Rudd akan menghantar para pegawainya ke Kuala Lumpur yang pakar untuk membincangkan tawaran itu dengan lebih lanjut tidak lama lagi," katanya, yang menambah bahawa latihan kemahiran vokasional itu ialah untuk pelajar sekolah lepasan Sijil Pelajar Malaysia (SPM).

Selain itu, kata Perdana Menteri, mereka juga menyentuh bentuk yang relevan bagi Sidang Kemuncak Asia Timur dan persidangan khas perubahan iklim di Copenhagen, Denmark.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam semalam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan