Kementerian kesihatan cadang tempoh wajib khidmat doktor baru dipendekkan

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kepada Majlis Perubatan Malaysia supaya tempoh wajib perkhidmatan doktor baru dikurangkan dari tiga tahun kepada dua tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata cadangan itu dibuat selepas mendapat permintaan daripada ibu bapa yang banyak berkorban dalam membiayai pengajian anakanak mereka dalam bidang perubatan.

Dalam kolum khasnya dalam buletin terkini Persatuan Doktor-doktor Perubatan Malaysia (MMA) berkata kementerian menghargai waktu bertugas yang panjang oleh para doktor sama ada yang baru mahupun yang telah lama berkhidmat dan kementerian telah melakukan pelbagai cara di bawah bidang kuasanya untuk mendapatkan gaji terbaik, elaun dan prospek kenaikan pangkat.

"Pelbagai langkah akan diambil dan dilaksanakan untuk memastikan para doktor terus berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan," katanya.

Ini termasuklah mewujudkan elaun baru, memperbaiki elaun kritikal dan elaun dipanggil bertugas pada bilabila masa yang sedia ada, memberikan elaun RM80 sejam kepada mereka yang bekerja lebih masa dan RM200 sejam kepada para doktor yang melakukan pembedahan pada waktu cuti rehat.

Dr Mohd Ismail berkata kementerian juga telah mewujudkan lebih banyak peluang kepada doktor kerajaan untuk mendapat kenaikan gred gaji dan mempertingkatkan keadaan dan persekitaran bekerja.

Katanya setakat ini 24,135 jawatan telahpun diwujudkan sehingga 28 Dis 2008 namun hanya 13,762 atau 57 peratus daripada jawatan itu telah diisi yang mana daripada jumlah itu 2,545 adalah jawatan pakar dalam pelbagai disiplin.

Menurutnya kementerian juga sedang menimbang waktu bekerja berdasarkan tempoh masa dan kenaikan pangkat secara fleksibel kepada pegawai perubatan yang bukan pakar.

"Saya rasa sedih selepas mengetahui ada pegawai perubatan yang bersara dalam gred gaji yang rendah selepas begitu lama dan setia berkhidmat.

"Namun, dengan inisiatif baru ini pegawai-pegawai perubatan yang bertungkuslumus bekerja dalam jabatan yang terabai dan rasa terpinggir dari soal kenaikan pangkat, tidak lagi akan menjadi satu isu," katanya.

Bagi mengatasi kekurangan doktor dalam jangka pendek, Dr Mohd Ismail berkata kementerian telah mempelawa mereka yang bekerja di luar negara dan doktor yang bekerja di sektor swasta untuk bekerja dengan kerajaan.

"Kita telah mengiklankannya dan berharap mereka akan menyahut cabaran bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam penjagaan kesihatan kepada rakyat," katanya.

Tahun lepas doktor-doktor kerajaan memberikan perkhidmatan kepada dua juta pesakit dan 62 juta pesakit luar dan tahun ini angka itu dijangka meningkat lagi disebabkan oleh keadaan ekonomi yang merudum dan penularan wabak Influenza A (H1N1), kata Dr Mohd Ismail. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan