KDN umum KPI untuk agensi dan jabatan bulan depan

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap jabatan dan agensi di bawahnya bulan depan, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata KPI itu diwujudkan untuk memastikan semua agensi dan jabatan di bawah kementerian itu bekerjasama dalam menyelesaikan setiap permohonan dan kes-kes yang dikendalikan.

"Sebagai contoh KPI di bawah Jabatan Imigresen, kita hendak tengok berapa lama pasport antarabangsa dapat dikeluarkan. Dalam menyelesaikan kes jenayah juga, tanggungjawab bukan terletak pada polis sahaja kerana ia turut membabitkan peranan agensi lain juga," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata KPI agensi dan jabatan tersebut adalah sebahagian daripada KPI kementerian berikutan arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana setiap kementerian perlu ada KPI mereka sendiri.

Terdahulu, ketika menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAPBatu Gajah), Hishammuddin berkata kementerian menyasarkan untuk menyelesaikan lebih daripada 80 peratus permohonan kewarganegaraan, sijil kelahiran yang didaftarkan lewat serta permohonan permit masuk yang tertunggak, dalam masa enam bulan.

"Sekiranya dalam masa enam bulan dapat selesai lebih daripada 80 peratus, itulah yang ditunjukkan sebagai satu perkara yang merupakan anjakan daripada apa yang kita lakukan bersandarkan kepada gagasan 1Malaysia," katanya.

Fong ingin tahu sama ada kementerian dapat memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Hishammuddin berkata kementerian berharap agar kesemua masalah yang termasuk dalam KPI kementerian itu dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini.

"Ia merupakan satu KPI dan harap dapat selesaikan. Kita juga melihat dan pastikan bahawa permohonan-permohonan itu dapat kita tapis dan satu keputusan dapat dimuktamadkan.

"Dalam hal walaupun kementerian nak pastikan KPI dikecapi dan pastikan bahawa semua permohonan tertunggak dapat diselesaikan, ini tidak bermakna semua permohonan yang diproses akan diluluskan," katanya.

Beliau berkata setakat ini bilangan permohonan tertunggak bagi sijil kelahiran yang didaftarkan lewat ialah 93,360 permohonan, 32,927 pula permohonan untuk kewarganegaraan dan 16,812 permohonan permit masuk.

Sementara itu, ketika menjawab soalan asal Aaron anak Dagang (BNKanowit) mengenai statistik permohonan kewarganegaraan Malaysia yang lulus dan gagal, Hishammuddin berkata sebanyak 3,640 permohonan taraf kewarganegaraan telah diterima di bawah Perkara 15A dan 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kanakkanak bagi tahun 2009 hingga September ini.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,066 permohonan telah diluluskan manakala sebanyak 2,574 permohonan lagi telah ditolak," katanya.

Bagi orang perseorangan atau rakyat asing yang memohon taraf kewarganegaraan dalam tempoh yang sama di bawah Perkara 16 dan Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan pula, Hishammuddin berkata ia berjumlah 4,029 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,806 permohonan lulus manakala 2,223 permohonan telah gagal. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan