Jurutera Malaysia hilang di pergunungan utara India

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kawasan pergunungan Tapovan.
Kawasan pergunungan Tapovan.

UTTRANCHAL: Seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke kawasan pergunungan Tapovan dalam daerah Uttarkasi di utara India untuk melakukan kerja ibadah, hilang sejak akhir September lepas.

Vicnesvaren Murugesu, seorang jurutera yang bekerja di New York, tiba di Gangotri pada 18 Sept lepas, kawasan yang popular bagi penganut agama Hindu untuk beribadat yang terletak di kawasan Banjaran Himalaya.

Vicnesvaren, 30, berasal dari Kuala Lumpur bersama dengan seorang lagi penunjuk arah rakyat India, mengambil keputusan ke Tapovan yang terletak 25km dari Gangotri dan sepatutnya pulang ke Gangotri dua minggu kemudian.

"Dia seorang yang cenderung kepada aktiviti kerohanian dan datang ke sini untuk melawat seorang guru spiritual India dan kemudian mengunjungi seorang lagi guru, Muni Babji, yang hanya 200 meter dari kawasan itu.

"Beliau pergi seorang diri ketika mengunjungi Muni Babji selepas meminta penunjuk arahnya pulang. Dia sepatutnya pulang ke rumah penginapannya akhir September tetapi sampai sekarang beliau tidak dapat dikesan," kata iparnya Steven Nathan kepada Bernama hari ini.

Setiap tahun, ramai penganut, pengikut dan guru agama Hindu bermeditasi di kawasan pergunungan dan mula meninggalkan Tapovan apabila musim sejuk tiba di kawasan utara India itu bermula pada Oktober.

Kawasan Tapovan yang terkenal dengan aktiviti kerohanian terletak 4,450 meter dari paras laut.

"Tiada siapa yang mengetahui ke mana Vicnesvaran pergi. Maklumat awal yang kami terima pasukan menyelamat menemui khemah dan barangbarangnya berhampiran tempat Muni Babji.

"Namun operasi mencari agak perlahan kerana kebanyakan daripada penunjuk arah dan pegawai masih bercuti sempena Deepavali," kata Steven yang kini berada di Gangotri.

Katanya operasi mencari akan disambung hari ini dengan melibatkan 20 pencari profesional dan penunjuk arah ke Tapovan dalam keadaan cuaca yang semakin dingin iaitu negatif 10 darjah Celsius.

Di New Delhi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia sedang menyelaras usaha mencari Vicnesvaren dengan pihak berkuasa India. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan