JAIS tahan anak lelaki "Rasul Melayu" - Berita Semasa | mStar

JAIS tahan anak lelaki "Rasul Melayu"

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) hari ini menahan anak lelaki "Rasul Melayu", Abdul Kahar Ahmad bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat yang dibawa bapanya melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Lelaki berumur 30-an itu ditahan pihak penguatkuasa Jais di perkarangan mahkamah, kira-kira pukul 1.30 tengahari, ketika cuba melarikan diri selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini selesai menjatuhkan hukuman ke atas Abdul Kahar.

Suspek sebelum itu didakwa berlagak sebagai wartawan yang sedang membuat liputan kes berkenaan bagi mengaburi pihak penguatkuasa Jais yang berada di sekitar kawasan mahkamah.

Bagaimanapun setelah menyedari tindak-tanduknya diperhatikan, lelaki terbabit cuba meninggalkan bangunan mahkamah tetapi kemudian berjaya ditahan pihak penguatkuasa agama itu.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mengesahkan penahanan lelaki itu berkata pihaknya sudah lama mengekori anak lelaki Abdul Kahar itu dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menahannya.

Beliau berkata suspek juga dipercayai masih aktif menyebarkan ajaran terbabit dan terbaru beliau (Mohammed Khusrin) baru sahaja menerima satu SMS daripada lelaki itu yang menulis perkataan "Jais berhala".

"Jais mempunyai kuasa untuk menahannya dalam tempoh 24 jam dan kita akan membawanya ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini esok bagi urusan pendakwaan," katanya ketika dihubungi.

Abdul Kahar, 59, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan pindaan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 termasuk mengisytiharkan dirinya sebagai Rasul orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu adalah palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam.

Hakim Syarie Abu Zaky Mohammad turut memerintahkan Abdul Kahar dihantar menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam Baharu dekat sini, pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan