Ekstrak Misai Kucing boleh tangani penyakit barah

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) di sini berjaya menghasilkan ekstrak herba piawai daripada Misai Kucing sebagai bahan untuk menangani penyakit barah.

Kumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Sains Farmasi yang diketuai pensyarahnya, Dr Amin Malik Shah Abdul Majid mendapati ekstrak Misai Kucing mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan boleh menghindar dan menghalang pertumbuhan sel barah.

Ketika bercakap kepada pemberita di sini, Dr Amin berkata, ekstrak Misai Kucing yang dinamakan "Canssufive" itu telah diuji kepada haiwan dan terbukti dapat merencatkan penumbuhan pembuluh darah dan sekaligus menghalang sel barah merebak ke tisu dan organ yang lain.

"Setakat ini, penyelidikan kita melibatkan kajian sel kultur dan haiwan dan kita bercadang untuk mengadakan kajian klinikal "Canssufive" ini terhadap manusia pada penghujung tahun depan," katanya.

Katanya, kaedah rawatan barah yang biasa digunakan ketika ini ialah kemoterapi yang menggunakan bahan kimia beracun untuk menangkas penumbuhan sel barah tetapi dengan penggunaan Misai Kucing, ia dapat menghalang penumbuhan pembuluh darah sel tumor. Menurut Dr Amin, sel tumor bergantung sepenuhnya kepada bekalan oksigen dan makanan yang diterima melalui saluran darah dan apabila sel itu membesar, ia akan merangsang penumbuhan salur darah yang baru dan dengan cara ini juga sel barah merebak ke tisu atau organ yang lain.

Beliau berkata ekstrak Misai Kucing tidak beracun atau mengandungi kesan sampingan dan ia boleh juga digunakan sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

Beliau berkata, penggunaan estrak Misai Kucing sebagai agen antiangiogenik dan bahan rawatan penyakit barah jauh lebih murah berbanding kos rawatan ubat-ubatan biasa yang membebankan pesakit.

Kajian yang dijalankan selama dua tahun dengan kos mencecah RM1.5 juta itu mendapati estrak Misai Kucing dalam bentuk kapsul dan pil mempunyai kandungan antioksidan yang jauh lebih tinggi berbanding dalam bentuk cecair.

Ketika ini, USM sedang berbincang dengan beberapa syarikat yang berminat untuk mengeluar dan memasarkan "Canssufive" dan berharap hasil penyelidikan itu dapat dikomersilkan hujung tahun depan.

Bagi tujuan itu, Dr Amin berkata, USM mendapat kerjasama daripada ladang Misai Kucing di Perlis yang menjalankan amalan perladangan yang baik untuk menghasilkan pokok yang berkualiti.

"Untuk mendapatkan kualiti Misai Kucing yang tinggi ia perlu ditanam dan diproses mengikut cara yang ditetapkan, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan