Anwar akui kelemahan gabungan pembangkang punca kalah di Bagan Pinang

Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengakui kelemahan dalam gabungan pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS menjadi punca kekalahan pakatan itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Anwar berkata berdasarkan laporan awal, antara kelemahan lain yang dikenalpasti melibatkan gejala rasuah, sogokan dan penipuan.

"Walaupun bedah siasat belum selesai di peringkat PAS (mengenai Bagan Pinang) tetapi pengarahpengarah pilihan raya telah memberi kupasan dan kita ambil perhatian selain daripada isu penipuan, sogokan dan rasuah.

"Kita juga akui bahawa kekurangan dan kelemahan dalam Pakatan Rakyat akan diperbaiki dan kita akan tingkatkan usaha kita untuk mendekati rakyat dan memberikan penjelasan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di pejabatnya di Parlimen di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober lepas calon Barisan Nasional (BN), bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,435 undi, setelah memperoleh 8,013 undi berbanding lawannya calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang hanya mendapat 2,578 undi.

Mesyuarat semalam turut membincangkan isu hubungan antara dua pemimpin PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim dengan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, dan Anwar berkata hubungan mereka yang dikatakan tegang itu tidak wujud.

"Memang kita ada bincang mengenai Zaid Ibrahim (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada Mohamed Azmin Ali, tetapi (mereka) tidak ada masalah apaapa pun," katanya merujuk kepada kedua-dua individu berkenaan yang turut hadir pada mesyuarat itu.

Baru-baru ini, Zaid mengumumkan untuk bercuti selama enam bulan berkuatkuasa serta merta bermula Jumaat lepas setelah Anwar dikatakan menghalangnya daripada menghadiri program parti itu di Sabah.

Laporan media juga menyebut kononnya hasrat Zaid untuk ke negeri itu tidak direstui oleh Mohamed Azmin selaku Pengerusi PKR Sabah.

Zaid bagaimanapun pada Ahad lepas menafikan bahawa beliau bercuti selama enam bulan daripada parti berkenaan sebaliknya menegaskan dia hanya berehat daripada terlibat dengan aktiviti Biro Politik PKR.

Mengenai cadangan untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang sah, Penasihat DAP yang juga Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata perkara itu masih lagi di peringkat perbincangan dan kajian.

"Kita masih bincang perkara ini dan pada prinsipnya kita mahu didaftarkan. ROS (Pendaftar Pertubuhan) kata mengikut undangundang terkini, kita memerlukan tujuh parti gabungan (untuk membolehkan dibentuk sebagai sebuah parti) dan ini dalam kajian," katanya.

Dalam perkembangan lain, bekas Menteri Besar Perak yang juga Anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat sepakat hadir ke persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini berdasarkan surat yang dihantar oleh bekas speaker V Sivakumar, dan bukan kerana surat yang diterima daripada speaker Datuk R Ganeson.

"Untuk itu, kita telah buat keputusan di atas dasar surat yang dihantar oleh V.Sivakumar bahawa kesemua 28 ADUN pakatan akan hadir termasuklah speaker," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan