Susilo dilantik Presiden Indonesia 2009-2014

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengangkat sumpah jawatan untuk terus memimpin negara berpenduduk 230 juta orang ini bagi penggal keduanya merangkumi tempoh 2009-2014 dalam satu istiadat pelantikan di gedung Parlimen Indonesia di sini, hari ini.

Naib Presiden Boediono turut mengangkat sumpah jawatan pada istiadat itu yang disaksikan ratusan anggota Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), anggota-anggota Kabinet Indonesia Bersatu yang lepas dan beberapa ketua negara asing termasuk Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Istiadat berlangsung di hadapan Speaker MPR Taufiq Kiemas, yang sebelum itu memperkenalkan ketua-ketua negara asing yang hadir termasuk Najib yang bangun berdiri dan diberikan tepukan gemuruh oleh para hadirin.

Turut hadir ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Australia Kevin Rudd selain wakil khas beberapa negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

Pada istiadat itu, wakil Komisi Pemilihan Umum (seperti Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia) terlebih dahulu membacakan keputusan pilihan raya langsung presiden yang dijalankan pada 8 Julai.

Pada pilihan raya itu di mana rakyat memilih presiden secara langsung, Susilo, presiden Indonesia keenam memenanginya dengan mendapat 60.80 peratus undi atau 73.87 juta sokongan daripada sejumlah 121.5 juta pengundi berdaftar seluruh Indonesia.

Pada istiadat itu Susilo dan Boediono melafazkan sumpah berikut:

"Demi Allah saya bersumpah akan memenuhi kewajiban Presiden Republik Indonesia (Wakil Presiden Republik Indonesia) dengan sebaik-baiknya dan seadi-ladilnya, memegang teguh Undang-Undang Dasar dan menjalankan segala undang-undang dan peraturannya dengan seluruslurusnya serta berbakti kepada Nusa dan Bangsa."

Dalam ucapan pertamanya di MPR selepas mengangkat sumpah, Susilo mengucapkan terima kasih kepada bekas naib presidennya untuk tempoh 2004-2009 Jusuf Kalla yang jasa dan baktinya akan dikenang dalam sejarah negara 17,000 kepulauan ini, begitu juga sumbangan semua 34 menterinya dalam Kabinetnya yang lepas.

Mengenai kehadiran Najib dan ketua-ketua negara lain itu Taufiq mahupun Presiden Susilo menganggapnya sebagai penghormatan yang tinggi bagi Indonesia yang telah berjaya melaksanakan proses demokrasi dengan baik dalam pilihan raya presiden.

Tengah hari ini Najib akan menghadiri majlis keraian sempena pelantikan Presiden Indonesia itu yang diadakan di Istana Merdeka di sini di mana Najib dijadual menyampaikan ucapan tahniah kepada Susilo bagi pihak rakyat dan kerajaan Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan