Semua Umno bahagian diarah beri penerangan pindaan perlembagaan parti

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua 191 Umno Bahagian di seluruh negara diarah memberi penerangan berhubung pindaan perlembagaan parti itu dalam program Satu Bulan Satu Program Penerangan Setiap Bulan Setiap Bahagian (SPSB) masing-masing, bulan ini.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata selain itu, mereka juga perlu memberi penjelasan berhubung arahan serta hasrat Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mahu menjadikan Umno sebagai parti yang mendahulukan rakyat daripada kepentingan diri sendiri.

"Dalam SPSB bulan ini, saya minta setiap Umno Bahagian terutama mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno barubaru ini supaya menerangkan tentang pindaan perlembagaan parti.

"Mereka juga perlu menjelaskan arahan dan hasrat Presiden parti yang mahu menjadikan Umno sebagai parti yang menjuarai rakyat," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama 19 wartawan dari Bukit Tinggi, Padang, Indonesia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata program penerangan itu tidak semestinya menerusi ceramah sebaliknya boleh dilaksanakan melalui aktiviti penerangan lain di peringkat Bahagian dan Cawangan.

"Ketua Penerangan Umno negeri-negeri boleh bergabung dengan Ketua Penerangan Bahagian untuk memberi penjelasan dalam SPSB bulan ini. Saya cadangkan tumpuan juga diberikan kepada halhal baru selepas Perhimpunan Agung Umno," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini sebanyak 83 daripada 191 Umno Bahagian telah melaksanakan SPSB masing-masing, sejak program berkenaan bermula dua bulan lepas.

"Biasalah mulamula...tetapi pada saya, jumlah 83 Umno Bahagian yang sudah ada program masingmasing cukup baik. Untuk bulan kedua ini, kita sedang kumpul maklumat sama ada mereka sudah serahkan laporan atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata setiap program SPSB akan menjadi penunjuk prestasi utama (KPI) bagi Biro Penerangan dan setiap laporannya akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno.

Program SPSB yang dilancarkan Najib barubaru ini, adalah sebahagian usaha transformasi Umno untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno sebagai parti teras dalam Barisan Nasional (BN). BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan