Presiden MCA buat rombakan pada Biro Undang-undang parti

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat telah menggantikan pengerusi biro undang-undang parti itu Datuk Leong Tang Chong sebagai sebahagian daripada proses "rombakan pengurusan".

Bagaimanapun penganti Tang Chong akan diumumkan tidak lama lagi.

"Seperti pertubuhan lain, MCA sedang menjalankan kajian semula dan rombakan biro parti, dan saya memutuskan untuk membuat perubahan pada biro parti.

"Mulai hari ini, Dato' Leong Tang Chong tidak lagi mengetuai Biro Undang-undang MCA," kata Ong dalam blognya.

Ong juga berkata pengganti Leong akan diumumkan tidak lama lagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan